PAJERI BOMBAY 'PAK ENGKU'..

rsz_pajeri_bombay_pak_engku
Assalammualaikum, salam Selasa. Entri hari ini mat share satu resipi pajeri yang mat ambik dari blog Puan Azlita di sini, yang asalnya dari air tangan Pak Engku, kenal tak Pak Engku?..Beliau tukang masak femes yang sering menerima tempahan masak dari artis, kerabat2 di raja dan juga orang2 kenamaan. Pajeri bombay resipi pak engku agak beza sikit dan rasanya unik, baunya harum. Memandangkan cm takde nenas segar, jadi cm guna nenas dalam tin, saiz kecil sebanyak 3 tin. Sedap dimakan bersama nasi beriani, nasi minyak atau nasi biasa. Resipi boleh dikatakan agak mudah disediakan. Kebiasaannya kalau buat pajeri nenas, mereka akan guna nenas moris, tapi boleh saja nak guna nenas madu atau nenas Sarawak. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji nenas (cm guna 3 tin nenas saiz kecil)
1/2 camca besar rempah kari daging
1 camca teh kunyit serbuk (cm guna 3/4 camca teh)
2 camca teh cuka makan
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah 2 setiap 1
2 biji bawang besar, dipotong baji
Garam dan gula secukup rasa
Biji sawi secukupnya (cm guna 1 camca teh)

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 inci halia, hiris
5 gm halba (cm guna 1/2 camca teh)
2 batang kayu manis (cm guna 1)
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga (cm guna 3)
1 tangkai daun kari, dilurut

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas nenas, buang empulur, hiris sederhana tebal dan celur sekejap, toskan (sebab cm guna nenas dalam tin, cm skip yang ini, cuma perlu toskan dari syrupnya sahaja).
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kurang lebih 3 camca besar, masukan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, masukkan rempah kari + serbuk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata dan masak hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan cuka, bawang besar, cili merah/cili hujau, kacau rata, dan masak hingga pekat. Tambah nenas, gaul rata2 dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan biji sawi, gaul rata. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

Post a Comment

3 Comments

  1. Kebetulan akak pun masak pajeri hari ni, tapi tak sampai ke Bombay la..

    Esok2 try yang Bombay pulak...TQ for sharing the idea.

    ReplyDelete
  2. Best nie lom penah cba buat thanks CMG :)

    ReplyDelete
  3. Oh.. kalau bubuh halba sedap ye CM. Kakak tak pernah lagi buat letak halba dan daun kari.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.