KARI IKAN TENGGIRI ALA INDIA...

rsz_kari_ikan_ala_india
Assalammualaikum, salam Khamis. Hari ini untuk entri pertama cm letak menu untuk santapan tengah hari. Sebab ada ikan tenggiri dalam freezer, maka cm masak kari ala india yang tidak menggunakan santan, Cm guna 4 keping keratan ikan tenggiri. Selain ikan tenggiri anda boleh guna ikan merah, ikan pari atau apa2 ikan yang banyak isinya. Sebagai bahan tambahan cm masukkan terung dan tomato, kalau ada bendi pun ngam juga. Sedap dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam2man. Kalau takde ulam, bawang besar pun boleh dibuat ulam, itu cm lah, kalau orang lain tak pasti ok ke tidak. Apa2 pun sekali yang anda masak, biarlah dengan hati yang ikhlas agar masakan menjadi lebih sedap dan berkat untuk keluarga dan teman2 anda....Selamat menjamu selera semua....

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 keping ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 biji terung biru (kalau saiz besar, guna sebiji)
1 biji tomato, belah 6 (saiz besar)
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
1 camca teh pes asam jawa
2 camca besar sos cili
2 camca besar cili kisar
3 camca besar rempah kari ikan
1 kiub ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras, hiris

BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai daun kari, dilurut
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh biji sawi
20 biji halba

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu. Tambah cili kisar dan sos cili, masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 3 1/2 cawan). Biar mendidih. Masukkan ikan dan jika kurang kuah boleh tambah sedikit air. Kacau perlahan dan biar mendidih. Masukkan terung, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. 
  3. Tambah cili merah dan hijau, masak sekejap dan masuk tomato. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.

Post a Comment

4 Comments

  1. errrr.. dah masuk tiffin biru tu, nak htr kat Kak Sari ke????

    ReplyDelete
  2. @ SKTJ - Haha, ha ah kan, tiffin tu ada 3 tengkat, satu kari, satu nasi, satu lagi lauk lain...ngam sangat..

    ReplyDelete
  3. Teringat tiffin biru itu pulak kakak. Kalau dapat makan dari tiffin tu sedap agaknya kan..

    ReplyDelete
  4. Salam che mat..dah buat tadi kari kepala ikan tenggiri ni guna resepi u...sedappp..thanks...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.