SINGGANG TUMIS IKAN PARANG.

rsz_singgang_tumis_ikan_parang
Salam malam, ada entri tercicir yang cm lupa nak share kat DTS, tapi seperti biasalah, entri ulang tayang. Sebenarnya Bak tu belum berapa sehat sangat, gaot dia dah makin ok, sekurang2nya bak dah boleh berdiri dan berjalan, cuma keadaannya agak lemah sikit, selera takde..huhu, cm risau sebenarnya.. Hmm, kadang2 tatau nak masak apa yang Bak suka. Makanan kegemaran Bak dah tak boleh nak makan dah, yelah sebab takut nanti gaot tu sakit balik..hmmm, pening juga kepala. Takpe lah kita tawakal  dan berdoa pada Allah swt. Kalau sebut singgang tumis ikan parang, mesti anda dah biasa lihat cm letak di blog. Dan selalunya cm akan goreng sedikit ikan tu, tapi bukan sampai garing, cuma kasi embal2 saja. Kalau demam atau kurang sehat, selalunya menu macam ini menjadi pilihan cm, tak kiralah ikan parang atau ikan kembong, semua boleh. Cuma ikan parang agak leceh nak makan, tulangnya berselirat, tapi isinya sedap dan halus..Sebagai rujukan bagi mereka yang nak mencuba, cm tulis resipi seperti di bawah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keratan ikan parang, cuci bersih*
3/4 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*digaul rata dan perap sekejap)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
2 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus setiap 1
1/2 kiub ikan bilis (optional)
1 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan parang digoreng tapi jangan sampai garing, biar lembap2 saja. Angkat dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Biar mendidih.
  2. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tambah kiub ikan bilis (jika guna). Bila mendidih, masukkan ikan dan belahan cili hijau. Tambah garam secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum menghidang. Sedap dimakan panas..

Post a Comment

8 Comments

  1. saya suka lauk cenggini cm...best. kdg siap hirup kuah...:)

    ReplyDelete
  2. hai....folo me back ty!!!
    http://qarerahalooza.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. amboiii sedapnya...dah lama tak masak singgang tumis...

    ReplyDelete
  4. lauk singgang mmg wajib kat umah deno... dalam seminggu, mesti 4-5 kali ada lauk ni.. mmg kegemaran.. makan dgn cili api berserta ulam... best!^^

    ReplyDelete
  5. sedapnya ..selalu kita guna asam gelugor, nk try pes asam jawa mcm CMG sure lagi meletop :)

    ReplyDelete
  6. As'kum Tan Sri.. lama tak singgah sini i sibuk u... Kirim salam kat Bak yaa.. cian Bak kena ghout.. Semoga Bak cepat sembuh.. Amin..samalah Pak Habibi i pun baru baik dari Ghout.. first time kena attacked selepas makan di Seoul Garden Udang rebus separa masak sebanyak 3 pinggan.. dan dia makan tanpa berkongsi..(Tu laaa...)hehee
    Tanya kat Bak apa petua nak cepat baik dari Ghout ekk? Wah.. ni dah jadi sesi soal jawab pulak dah ni.. hehee... Apa pun singgang Parang terbaik!! SlurppPPppppp

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.