SUP LABU MANIS UNTUK TEKAK MERAGAM..

rsz_sup_labu

Sup labu manis, hmmm...ntah kenapa tekak cm petang2 tadi nak makan sup labu manis, ala2 sup cendawan tu, tapi yang ni guna labu. Cm buat tak banyak, kurang lebih 1 cawan labu manis yang didadu (dah memang tinggal banyak tu saja). Boleh lah makan untuk 2 orang, kalau sedap, nko hadap sorang pun takpe, tak sapa marah. Sebenarnya resipi macam ini tak semua orang suka. Terutama sup yang nampak berkrim dan 'sesuatu'. Senang cerita sup labu ni macam labu masak lemak yang anda masak hingga labu tu lembik dan hancur. Cuma beza sup labu yang ni dimasak hingga lembut dan dikisar halus, kemudian ditambah cooking cream atau boleh guna susu rendah lemak atau susu sejat. Kalau tanya cm, rasa dia ok ke?..Tak pengsan lepas makan nanti?. Insha Allah, rasa dia sedap...TAPI, macam cm kata tadi, tak semua orang suka, maka yang ok akan kata sedap dan yang tak ok akan kata sebaliknya...jadi kena faham2 lahh....

rsz_sup_labu1

Dan cm sertakan sekali dengan garlic bread yang mudah dibuat. Roti tu beli je kat Tesco, guna roti perancis atau kalau takde, guna roti biasa saja, sapu dengan sedikit mentega atau marjerin yang digaul dengan bawang putih yang dicincang halus. Dan bawang putih boleh juga anda parut kalau tak nak cincang. Panggang dalam kuali saja, mudah dah cepat, yang penting anda guna api paling kecil. Ok rasa cm tak susah mana nak buat sup labu manis, oleh yang demikian moh kita semak resipi...bersedia?...Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHAN SUP LABU MANIS :-)
1 cawan labu manis yang didadu kecil
500 ml stok ayam
100 ml cooking cream (boleh guna susu rendah lemak atau susu sejat)
1 biji bawang holland, saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, hiris
Lada hitam yang baru dikisar, secukupnya
5 tangkai daun kucai, hiris halus
Secubit serbuk kayu manis
1 camca besar mentega
Garam jika perlu

BAHAN ROTI BAWANG PUTIH :-)
1 batang roti perancis
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar mentega atau marjerin

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SUP LABU MANIS :- Panaskan mentega dalam non-stick pan. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan labu manis dan goreng sekejap. Tuang stok ayam, kacau dan masak hingga labu lembut. Matikan api. Biar suam kemudian kisar hingga halus.
  2. Tuang ke dalam periuk, dan masak hingga pekat sedikit, guna api kecil. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk kayu manis dan hirisan kucai (tinggalkan sedikit untuk hiasan). Kacau rata dan tambah cooking cream dan kacau rata. Perasakan dengan garam jika perlu. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Cedok sup labu manis ke dalam mangkuk sesuai, tabur hirisan kucai dan hidangkan bersama roti bawang putih. Sedap dimakan panas atau suam....
  4. UNTUK ROTI BAWANG PUTIH :- Bancuh mentega dan bawang putih cincang, kacau rata. Hiris serong sederhana tebal roti perancis, sapu dengan mentega + bawang putih tadi, kemudian panggang dalam kuali non-stick hingga perang. Guna api kecil. Boleh hidangkan bersama sup labu manis..

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam ...
    nila 1st time dapat tgok resepi nangka berlada hitam...
    erm....leh cuba nie...pedas tak..?

    Thanks sharing.....

    Tolong sebarkan: Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka


    ReplyDelete
  2. Saya selalu tengok resepi mat gebu, hiasan mmg cantik, nampak sedap juga.harap2 menjadi nak try resepi ni nanti c;

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.