Assalammualaikum, tak berapa sihat ni hari, selsema sikit tapi nasib baik tak demam. Cuaca pulak, mendung dan hujan sekejap2. Hmmm, lemau sungguh. Nak masak pun rasa tak kuasa. Semalam cm ada rebus ketupat Nona dan masih berbaki hari ni. Lepas masak tumis air sayur petola manis untuk Bak, cm goreng ketupat tadi dalam 5 biji bersama makanan laut yang cm boleh makan, kalau anda nak tambah sotong dipersilakan. Kebetulan ada sambal tumis, dan itu amat2 menolong, nak2 dalam keadaan tak berapa nak rajin. Bagi anda yang rasa nak masak cepat, cm sarankan buat rencah, sebegai contoh sambal untuk goreng mi dan sebagainya, awal2. Buat lebih dn simpan dalam botol. Kalau nak tahan lebih lama, simpan dalam freezer, dan kalau nak mudah lagi, kasi bungkus kecik2, anggaran satu bungkus untuk masak 1 kg mi macam tu. Jadi lebih mudah, terutama kalau ada tetamu datang secara tergempar..Ok, kita lihat resipi pulak...memang mudah dan cepat dan sedap...ehemm...
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji ketupat segera saiz kecil, belah 4 setiap 1
10 ekor udang saiz sederhana, dibuang kulit dan cuci bersih
3 batang jejari ketam, kerat kecil
1 genggam, isi kupang segar, dibersihkan
1 biji telur, pukul sedikit
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 cekut taugeh yang telah dibersihkan
3 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tiram
2 camca besar sos cili
Beberapa titik minyak bijan
1 camca besar kicap pekat
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, sos cili dan sos tiram, kacau rata. Masukkan udang. isi kupang dan jejari ketam, gaul dan masak hingga udang berubah warna, guna api perlahan dan kacau selalu.
- Masukkan ketupat dan gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan masak sekejap, kemudian gaul rata, Masukkan kicap pekat, minyak bijan, taugeh dan daun kucai. Kacau hingga semua mesra dan rasa, jika ok boleh matikan api.
- Tabur hirisan daun sup, hirisan cili merah dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Jika kurang masin anda boleh tuang sedikit kicap cair masa anda makan. Sedap dimakan panas...
11 Comments
baru 1st time dgr ni, hikhik~~
ReplyDeletewaaaaaaa..sedapnya~
ReplyDeleteyummiliciousss!
ReplyDeleteWahhhh kelainan yg sgt yummy !!!!!!!! :D
ReplyDeletesedap ke ....yew
ReplyDeleteKira mcm lontong gorengla ni kan nyummm..nyummm feveret ni
ReplyDeleteAs salam CM.
ReplyDeleteMak mertua kita selalu juga masak gini. Tapi kan, nak tanya CM sikit. Ada masakan yang lebih kurang macam gini, tapi Chinese punya. Rasanya dia tak guna nasi impit, tapi sejenis kuih yang diperbuat dari tepung. Lepas tu dia goreng macam goreng char kuay tiaw. Biasanya kalau makan dim sum spread, ada sekali benda nie. CM tahu resipi dia tak?
Best best...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHmmmm sedap...nk cubelah resepi yg ni plak....slalu bt time raye bila ade lebihan ketupat..
ReplyDeleteWow! Terima kasih byk2 CM kerana memberi saya byk idea utk memasak. Kdg2 tu buntu juga fikirkan apa yg nak dimasak untuk 4 org dewasa dgn 3 anak2. Terima kasih ya! 😄😄😄
ReplyDelete