Assalammualaikum, salam Jumaat. Entri yang sepatutnya cm letak semalam, tapi sebab kurang masa nak ber on-line, jadi cm letak ni hari. Menu kampung sepenuhnya. Sebelum memasak, iaitu seawal pagi cm akan tanya dulu apa perancangan menu untuk hari itu, kalau bonda bagi tau apa yang perlu dimasak (ada kala, masak ikut apa yang cm nak), maka akan cm laksakan. Sebab ada sayur bayam hijau, apa kata masak lemak, kemudian buat pelengkap dia. Kira sayur masak lemak sebagai "ibu" dan yang lain sebagai anak2. Satu yang bagusnya masakan macam ni, anda tak perlu sangat lauk-pauk yang pelbagai. Satu lagi ada yang suka makan dengan nasi yang dimasak lembut sedikit. Tapi paling bess kena dimakan panas2 untuk menikmati rasa yang lebih 'menendang'...
Seperti anda nampak atas tu, cm masak lemak sayur bayam hijau, kurang lebih 2 cekak. Sama seperti selalu cm tulis, santan segar adalah rahsia untuk mendapat masak lemak yang sedap, selain santan pekat dituang akhir untuk mendapat rupa masakan yang lebih menyelerakan. Sayur macam ni masaknya cepat, tak perlu didihkan lama. Dan kalau ada masak lemak, tak sah kalau takde ikan masin atau ikan goreng. Tetapi kali ni cm goreng ikan pekasam. Wahhh....serius bau dia kalau yang tak tahan agak memengsankan, tapi sedappp!!...Ikan pekasam yang cm goreng ni nama dia ikan puput, sejenis ikan air masin yang tulangnya agak banyak. Tapi kebijaksanaan si pembuat ikan pekasan tu telah menjadikan ikan pekasam puput antara tersedap sangat...meleleh air liur walaupun bau dia bacin....hehehe..
Dan, yang ini kalau takde, sah, cacat menu tengah hari anda yang bertemakan masakan kampung. Sambal belacan lah, apa lagi. Dan sambal belacan yang ini bukan cm buat, tapi bonda yang tumbuk sampai lumat dan halus. Selalunya bonda akan guna cili padi kampung sepenuhnya. Ditumbuk dengan belacan bakar, secubit gula dan garam. Akhir sekali bonda akan masukkan jus dari 1 biji limas kasturi dan dikacau rata. Akhir sekali memandangkan dah ada. Cm selitka juga sebagai salah satu menu tengah hari. Dah tentulah telur masih atau telor asin. Ini produk dari orang kampung, bukan yang jual kat kedai jenis bersalut tanah liat dan arang. Telur asin jenis yang direndam dalam air garam, rasanya tak masin dan lemak2. Amat sesuai dihidangkan bersama menu yang anda nampak....Sebab ini masakan mudah, cm tulis resipi masak lemak bayang hijau saja lah yea..
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak bayam hijau, siang berasingan daun dan batangnya, cuci dan toskan
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap, toskan dan tumbuk kasar
1 biji bawng besar, hiris halus
4 ulas bawang putih, diketuk
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa
1 biji cili merah, dihiris
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masak santan cair bersama bawang besar hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga mendidih. masukkan batang bayam dan masak sekejap. Bila lembut, tambah daun bayam. Kacau rata. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air.
- Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana. Akhir sekali masukkan cili merah hiris, kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....
10 Comments
Walaupon menu kampung dan pinggan macam zaman dulu. Tapi pinggan tu nampak baru.
ReplyDeletePinggan zaman dulu lama dah tak tengok .. gamba ni sama tapi nampak baru. Hehehe
Aduhai...masakan kampung mmg tiada tandingannya, sambal belacan mak yah tu elok jer kejadiannya...
ReplyDeleteTumpang jamu mata di sini ye Che Mat...
ReplyDeletesajian paling best ni... pasti mkn bertambah2..
ReplyDelete@ Qashmere - pinggan tu memang jenis lama, sebab keluarga kami guna khas untuk kenduri sahaja, bukan buat basahan kat rumah...
ReplyDeletewaa...bikin perotku berbunyik...
ReplyDeleteSambal belacan bonda CM itulah yg paling menggoda mata kakak. Kalau tak ada sambal ini semalam punya set menu tak lengkap kan..
ReplyDeleteKakak buatlah bayam masak lemak balik kerja hari ini.
CHE MAT KIJAMMM! MEMBUATKAN SAYA MATI MELELEH AIR LIOR
ReplyDeletecmg.sedap nya masakan kg nie..
ReplyDeletetp bila makan ikan pekasam tu mau nanti gatal2 mulut n hidung
Assalamualaikum tuan/puan,
ReplyDeleteKOPI KEMUDIK, SUSU KAMBING, KOPI NANDUK/BIO-ASLI, TANAH LOT
Assalamualaikum tuan/puan,
Mohon pasarkan Kopi KEMUDIK .
Penghantaran melalui pos.
Pembayaran secara bank-in atau cek.
Kopi KEMUDIK
Koperasi Permodalan Melayu Wilayah Kuala Muda/Sik Kedah Berhad
5 dalam 1
( Gula Halus , Krimer Bukan Tenusu , Kopi Segera , Habbatus Sauda , Fiber )
Kebaikan Fiber / Serat :
memudahkan proses pencernaan , memperbaiki pembiakan mikroflora yang baik , mengekalkan kesihatan saluran dalaman tubuh dan membantu mengurangkan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh, khususnya organ dalaman.
Kebaikan Habbatus Sauda :
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
RM 20 for 20 sachets
Postage cost : RM 10
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com
Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/2013/05/kopi-kemudik.html
http://kopi5campurankemudik.blogspot.com/
SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE
RM 22 for 20 sachets
Postage cost : RM 8
Total cost : 30
To order : 017 5503065 Mr. Norman
Email : neorise2010@gmail.com
Location : Pekan Sik , Sik , Kedah . MALAYSIA
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html
Kopi Nanduk GOLD
http://www.bio-asli.com/?id=neorise
www.bioasli.com/?id=neorise
www.tvbioasli.com/?ref=neorise
www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html
TANAH LOT
Assalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
Sesuai untuk tapak rumah dan bangunan
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
http://kemudikberhad.blogspot.com/2012/10/koperasi-permodalan-melayu-wilayah.html
http://kelasenglishdewasakorporatveteran.blogspot.com/
https://www.facebook.com/norman.hashim