Assalammualaikum, selamat pagi Selasa. Syukur alhamdullillah dengan izinNya, mat beri peluang bernafas lagi pada waktu dan ketika ini, 8hb Januari jam 7.10 pagi, 37 tahun dulu tarikh dan waktu yang sama, Mat dilahirkan di rumah 'IBU" oleh bonda ku Puan Jamaliah. Che mat anak ke-4 dari empat adik beradik. Errr...anak bongsu lah kan (anak emak..hehe). Sebenarnya takde apa yang nak ku tulis sangat. Cuma rasa syukur dengan apa yang Allah swt telah kurniakan setakat ini. Moga dipanjangkan usia ku selagi Allah mengizinkannya...

Nama betul Mat, Adnan Bin Ibrahim, tu nama dalam surat beranak. Nampak nama bapak gua, Ibrahim Bin Rajiman....Rajiman tu pure jawa okeh tapi nenek sebalah Bak, melayu kawen sama orang peranakan baba nyonya. Tu yang che mat dah jadi rojak petis, tak kesahlah janji kita rakyat Malaysia. Dalam kesempatan ini mat ucapkan terima kasih pada semua atas doa2 dan ucapan, moga Allah swt memberkati anda...Pada mereka2 yang menyambut hari lahir pada hari ini, Mat ucapkan selamat hari lahir juga...terima kasih atas sokongan anda!...