KERABU BUAH KUINI..

rsz_kerabu_buah_kuini
Resipi ulang tayang juga....hehe, takpe lah kan. Tapi yang ni buat baru, bukan guna gambar lama lepas tu re-post balik. Kebetulan sedara mat dari Pontian singgah dan bawakkan 4 biji buah kuini. Kerabu macam ini menjadi kegemaran bonda sejak dulu. Kata bonda sejak kecil dulu masa di Rembau, bonda sudah menikmati kerabu sebegini. Boleh dikatakan ini resipi warisan lah kan. Buah kuini baunya hampir sama dengan bacang, tapi buah bacang agak berserat. Selain dibuat kerabu, sedap juga dibuat sambal belacan (yang ni feberet mat gebu). Buatnya amat mudah. Santan kalau dapat guna yang segar untuk mendapat rasa yang lebih sedap dan kalau anda perah dari kelapa yang diparut, pastikan guna air masak. Lada hitam anda boleh tambah atau kurangkan, belacan pula harus dibakar hingga harum. Lagi sedap dihidangkan setelah anda simpan 1 - 2 jam. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji buah kuini yang masak ranum
1 biji bawang besar
1 3/4 cawan santan segar
1 camca besar lada hitam yang kualiti (mat guna lada hitam Sarawak)
1 inci belacan, dibakar hingga harum
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci buah kuini, kemudian kupas kulitnya, hiris lebar2 kemudia potong memanjang nipis2. Bawang besar dimayang halus. Satukan bersama hirisan buah kuini tadi dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, masukkan belacan bakar dan tumbuk lagi hingga rata. Alihkan ke dalam satu bekas. Tuang santan dan kacau rata hingga semua mesra. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Kacau.
  3. Tuang bancuhan santan tadi ke dalam bekas berisi buah kuini dan bawang besar, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh hidangkan. Kalau tak habis simpan dalam peti sejuk. Selamat mencuba...

Post a Comment

6 Comments

  1. Samaaaaalah dengan budak si Hana tu. Sukaaa tayang benda-benda yang mengecurssss kan molot i tau! Babab dua dua budak 'nakal' ni karang, baru tahu!

    ReplyDelete
  2. wuah! serius mat..bru tahu sal menu ni~thanks for da sharing

    ReplyDelete
  3. ohh mak aku selalu buat. tapi aku rembat kuini tu je yang saki baki tu sedekah kat adik-adikku hihihi

    ReplyDelete
  4. thanks kongsi resepi nie CMG, pebret D5 kerabu2 nie :)..

    ReplyDelete
  5. hanim tak pernah makan kerabu ni. emmm..... nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Tak pernah makan kerabu kuini, nampak sedap..selalu makan macam tu aje..kuini ni sedap coz isi dia tebal..cuma silap-silap sabut dia banyak and ulat pun banyak kadang-kadang..Bau kuini ni sangat kuat ..memang menggoda !!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.