NASI BUNGKUS 'KEMBOJA'....ADA CERITANYA..

rsz_nasi_bungkus_kemboja0

...Dua bungkusan diletakkan di depan kami. Rupa-rupanya nasi berlaukkan daging masak kicap halia dibungkus dalam daun teratai. Sedap!
         "Best la Firman. Nasinya pendek tetapi sedap. Dagingnya lembut.... cukup rencah. Lauk yang simple...paling menarik. Daun teratai ni... saya rasa aroma daun teratai ni yang menambah kesedapan" - IRIS......Petikan dari novel "I Love You, Stupid" (ILUS) oleh Puan Melur Jelita....

Berdasarkan dari petikan dari novel ILUS mat terinspirasi untuk menu hari ini, agak menarik, namun begitu serius sedap. Hanya nasi panas dan daging masak kicap halia yang mat bungkus dalam daun teratai atau lotus. Idea memasak datang dari pelbagai sumber, samada media massa, media cetak, blog dan juga perbincangan antara teman2. Contoh novel ILUS yang mat baca tempoh hari, cukup seronok dan mat rasa ia bukan satu tulisan syok sendiri, tapi cukup dengan rencah dan rempah ratusnya. 

rsz_nasi_bungkus_kemboja1
Untuk resipi ini mat guna kurang lebih 400 gram daging batang pinang dan nasinya pulak mat guna beras siam. Kalau ikut dalam novel itu, teksture berasnya pendek2, mungkin serupa beras orang jepun buat sushi tu barangkali. Tapi mat takde stok, jadi guna beras siam sahaja. Daun teratai atau lotus mat ambik dari pokok yang mat tanam. Daun tu mat basuh dulu, lap kering dan layur sedikit atas api, kasi dia lembut. Lepas mat bungkus, ia diikat dengan daun kelapa, errr...tu je yang mat boleh fikir, sebab nak nampak authentic, kalau guna tali rafia macam kurang klasik. Apa2 pun ini memang satu kelainan bagi mat, sedap dan tidak rugi mencuba..Terima kasih mat pada Puan Melur Jelita yang begitu kreatif dalam penulisan beliau...kita semak resipi...Jommmmm...

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram daging batang pinang, hiris nipis*
1/2 inci halia, tumbuk lumat*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*(*disatukan, gaul rata dan perap 30 minit)
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 inci halia, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 1/2 camca besar kicap pekat
Sedikit gula
Sedikit air
Sos ikan secukup rasa
Hirisan daun bawang dan cili merah, untuk hiasan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Beras siam, dimasak menjadi nasi yang elok
Daun teratai/lotus secukupnya, cuci dan layur sekejap atas api, ketepikan
Beberapa helai daun kelapa, untuk megikat

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis halia dan bawang putih hingga harum, masukkan daging dan goreng sekejap hingga daging kecut. Tambah kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul rata. Tuang sedikit air, kacau dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  2. Masukkan hirisan bawang besar dan gula. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga daging empuk dan pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. 
  3. Bentang sehelai daun teratai/lotus, letak 1 1/2 senduk nasi, kemaskan dan letak daging kicap halia atasnya dalam 1 camca besar atau ikut suka anda. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah atasnya. Bungkus nasi tadi dengan daun teratai dan ikat dengan daun kelapa. Boleh dihidangkan..

Post a Comment

10 Comments

  1. Waaaaah!!! Sajer tau Cek mat gebu ni. dah la tgh asyik dengan novel ILUS ni lum khatam. Tengok tajuk ada perkataan "kemboja" terus saya buka tau sbb dah agak ada kene mengena ngan ILUS. :-) Ada lagi beberapa menu dalam novel ILUS yang saya teringin nak rasa macam ada satu part tu kata ada isi ikan ditumbuk. Tapi tak ingat caner caranya. Harap nanti Cek mat gebu nanti ada tempek resipi tu one day :-D

    ReplyDelete
  2. bukan Melur Jelita sahaja yg kreatif menulis tapi Cik Mat juga kreatif menterjemahkannya ke alam realiti, tahniah, Cik Mat!

    ReplyDelete
  3. haishhhh!!!

    dahsyat btol penangan ILUS ni..hahahha

    ReplyDelete
  4. waaa.. bagus laa che mat nie.. mengaplikasikan apa yang dibaca..:)

    ReplyDelete
  5. idea dr novel? kreatifnya abg mat.memang nmpk sgt2 menyelerakan.nyum2...

    ReplyDelete
  6. Iris datang nak makan nasi ni cik mat firman.

    Firman CMG Adnan Ibrahim, kalau saya panggil awak kena datang.

    ReplyDelete
  7. wahhh.. hebatlah mat.. dari novel pun boleh tercipta menu utk keluarga... mana plakla akak nak carik daun teratai tu.. hehe.. kena meredah dalam tasik madu dulu la kot.. kekekekeke.... jgn marah mat.. gurau je...

    ReplyDelete
  8. sedap ni.mencuba belum lagi.....heheheee...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.