BEN ASHAARI

Thursday, October 11, 2012

" I LOVE YOU, STUPID! ( ILUS ) YANG 'BERACUN'...

I LOVE YOU, STUPID!...ganasnya tajuk, tapi hakikatnya sungguh "beracun". Hasil karya penulis yang mula dikenali oleh ramai pencinta2 novel....errrrr, mat sebenarnya bukan kaki novel sangat, tapi tak pasal2 mat gebu pun terkena "racun" juga. Masa kini kalau sebut Melur Jelita, siapa yang tak kenal. Novel ASST atau Awak Suka Saya Tak, mendapat sambutan luar biasa, dengar khabar diulang cetak sebanyak 10 kali!..syukur alhamdulillah. Entri ini mat buat sebagai penghargaan buat Melur Jelita (MJ). Hasil dari tulisan beliau tidak menghampakan, bukan hanya cerita "biasa2" tapi punya pengajaran dan 'sesuatu'....

Kalau ada yang tanya ILUS dan ASST apa bezanya. Hmmm, beza tetap beza ASST ada auranya tersendiri dan ILUS punya racun yang agak berbisa dan buat masa ini telah mula menular setiap pelosok urat saraf mereka2 yang membacanya. ILUS pada mat satu novel yang penuh dengan "rahsia" dan kesah kemanusiaan. Punya daya tarikan yang agak kuat walaupun ia nampak "serius". Kesah berkisar sekitar Malaysia dan Kemboja. Satu pujian harus diberi pada MJ, kerana secara tak langsung MJ  telah memperkenalkan serba sedikit budaya orang Melayu Champa pada generasi muda yang mat pasti masih ada yang tatau kewujudan mereka..

Serba sedikit kesah ILUS.....Ia mengesahkan Iris anak jutawan Malaysia yang begitu 'diva' ,mengikut misi kemanusiaan ke Kemboja. Bertemu Firman yang menetap di Kemboja bersama mai tuan (ibu) dan Fatimah (adik), dia diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi untuk anak gadisnya....hingga satu hari renungan mata Firman mengingatkan Iris pada seseorang di Malaysia, yang mana dulu pernah dia "nakal"kan.. siapakah Firman sebenarnya?..Kenapa Firman sungguh 'pedas' seperti abang pedas yang pernah Iris kenal ....hmmm..."rahsia"....apa2 pun semuanya akan terjawab bila anda membaca ILUS, 1389 mukasurat dan 1+ kg beratnya. Selamat menerima virus ILUS yang beracun....CUKUPLAH ALLAH ADA, DIA ADA UNTUKKU........

13 comments:

Khalilah MNor said...

Dulu penah jadi penggila novel... Tengok novel tebal semacam dah buat hati gerun sekarang. Kalau betul best, boleh gi try nih...:)

Yani said...

Suka sgt baca novel tp x pernah lg baca hasil karya melur jelita... Nnt lah nak try cari buat koleksi...

watyz said...

saya dh khatam baca dah... rindu kat abg pedas... hehehehe

Sukma Haron said...

nak kena cari novel setebal nie...tak berapa kenal penulis novel biasa karya penulis novel lain...

Asyifa Mustaffa said...

sy mmg pengegemar novel yg tebal2 ni pcm...hehe....nak buat cmne kan...dah minat........:)

bole cri nie....

Kella said...

lama dah tak baca novel.. zaman sekolah dulu dulu la last... wow... tebal giler... huuu

eyeyou said...

wahhh..en mat pon baca yer? byk jugak blog yg sy singgah wat entri ILUS ne..dan memuji ke "best" an novel tersebut..

Aziela said...

Dah 2 minggu memburu ILUS. Hari ni nak cuba lagi. ASST pun sampai 5-6 kali repeat..

comel said...

ILUS dah ada dlm koleksi tp blm sempat lg nak baca.....karya Melur Jelita memang best sangat2.....ASST pun mcm x puas2 baca....

Mila Ahmad said...

novel ni tebal gila tapi mcm best jerk

shera haifa said...

buku nie dh dlm gengaman.. xsbr nk bce sampai hbs

Melur Jelita said...

Salam CMG,
terima kasih kerana sudi post mengenai ILUS di sini. Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
Terima kasih kepada semua divaz yang telah mendapatkan ILUS...yang hanya tulisan biasa2 saja dengan cerita biasa2. Semoga ada sesuatu kebaikan yang dapat diambil dalam ILUS .

Zaidalifah Hussin said...

SALAM...

SEDANG BACA BUKU NI... XSANGKA ADE CERITA MAT GEBU DALAM NOVEL NI...

MAT GEBU BLOGGER POPULAR KAK MELUR JELITA... SAYA SUKA AWAK...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.