Salam...terima kasih kerana anda semua membaca entri ini. Terlebih dahulu jutaan maaf aku mohon. Blog aku ni jenis tak kesah, aku pun tau takde sapa nak buruk2 kan aku. Yelah blog masak2, dan sebab tu aku tak perlu tapis komen2 yang aku terima. Cuma nak mintak tolong sikit lah, kalau anda nak promot apa2 perniagaan anda, atau apa2 je lah dalam ruangan komen di entri blog aku, silakan. TAPI.....serius aku tak suka kalau ada yang promot benda2 berbaur SEKS,...pasal produk2 hubungan intim suami isteri, nak kasi si suami anu keras...nak kasi si isteri ehem ketat....apa ni!!..Tolong yea, anda salah blog, jangan ingat blog masak2 ini selalu wanita yang sudah berumahtangga kerap singgah, anda mula nak promot sama produk2 "sedap" anda. Aku bukan nak berlagak bagus, tapi blog aku, aku berhak juga lah bagitau apa yang aku suka dan tak suka. Sebab aku yang bersusah payah masak, ambik gambar, buat entri dan sebagainya.....Jadi harap sangat lah anda faham....Aku berlagak?....sori lah kalau ada yang rasa begitu....aku ada lah diri aku, bukan berkulitkan diri orang lain...