Salam satu Malaysia...dah makan?..Baru ada elektrik kat sini, jadi bolehlah update blog. Ok, entri pertama hari ni kita makan "kari ayam nyonya"....erkk, peranakan lagi. Tapi kali ni bukan mat yang masak tapi mat hangkut "Chef Florence" ke dapur ku, haha, tak caya ke?..Tengok gambar atas tu, ada nampak Nyonya Florence?..Tak nampak?. Kalau ikut kata nujum pak belalang, jika tak nampak, pendek umur!!... Sebenarnya hari ni mat test satu lagi produk MyChef signature dish dari Chef Florence, kari ayam nyonya. Selain tu Chef Florence ada beberapa lagi signature dish bersama MyChef, anda boleh lihat di sini..
Kalau tanya mat, sedap ke kari ayam nyonya ni, tengok macam biasa jee. Pada tekak mat lah kan, kari ayam nyonya ni sedap dan rasa macam baru dimasak. Cukup rasa, dari segi pedas, masin dan aroma rempah ratusnya. Rasa serai yang cukup seimbang. Dan tu hari di page FB MyChef ada yang kata, tah2 sedap sebab banyak MSG atau serbuk perasa. Ok, mat pernah nampak resipi asal dari MyChef (untuk produk yang lain), dan dalamnya TIADA penggunaan msg, perasanya hanya garam dan sedikit gula. Memasak ni jika bahan2 dan ramuan yang anda gunakan segar insya Allah tak perlu msg, masakan akan menjadi sedap, satu lagi tomato dan lobak merah antara msg semulajadi.
Sekotak makanan dingin beku MyChef ini boleh dihidangan untuk 2 - 3 orang. Kalau orang bujang, mat sarankan simpan 2-3 kotak produk MyChef dalam freezer anda (ada pelbagai jenis). Kenapa?.. Sebab ia amat mudah disediakan, dan dalam keadaan darurat, anda hanya perlu panaskan dalam ketuhar gelombang mikro sahaja. Kalau takde nasi, boleh makan dengan roti, roti canai atau lempeng. Gaya pembungkusannya amat kemas, macam anda lihat gambar atas tu, ada kelas kan style packing dia. Dan setiap satu produk signature dish dari chef2 ternama, disertakan serba sedikit cerita pasal chef2 tersebut. Jadi kalau anda ingin merasa masakan Nyonya yang begitu authentic dan asli...boleh dapatkannya di pasaran. Insya Allah ia menepati citarasa anda... Mat Gebu kata sedap...ia pasti sedap!!!.... (*___^)
8 Comments
lom penah try my chef lg..
ReplyDelete* cantiknya gambar..
emmmm buat ht I tertambattt U..hehe :)
ReplyDeletebagus ni, sesuai utk org2 yg selalu terkejar kesana sini..kan?
ReplyDeletemakan dgn roti putih,roti jala,lempeng,pulut kuning..semuanya sesuai...
ReplyDeleteBerapa RM sekotak eh? hihi
ReplyDeleteNampak sedap...
Like this page>>>>>http://www.facebook.com/pages/FSA-Craft/347625821999584
ReplyDeletesaya tak pernah cuba lagi produck mychef ni.. tapi bila singgah blog DTS terus rasa nak cuba. ni yang laju2 nak singgah pasaraya beli produck mychef ni... =)
ReplyDeletesalam.. mcm nak try.. bape ye mat rege sekotak..? klu rege ok boleh la terus cekop 4-5 kotak pelbagai variety..
ReplyDelete