rsz_sup_hangat_badan
Musim demam datang lagi seiring dengan datangnya musim buah2an seperti durian dan rambutan. Macam jiran mat gebu, Ben Ashaari, dengar kabar demam sampai nak pengsan, huhu...moga cepat sembuh, dan jangan lupa makan ubat. Jadi kalau demam, tekak tentulah payau, dan makan pun ala2 je. Benda yang sedap dimakan semestinya sup2 atau benda2 yang hangat. Atas permintaan bonda yang berpuasa hari ini, mat masak sup telur yang kerap kali mat masak. Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, bersama ikan goreng dan sambal belacan. Kalau nak lagi cepat berpeluh, tambah sambal kicap cili padi, makan masa hangat, boleh merah cuping telinga waa cakap..Tapi kan ini resipi sempoi je, dan tak perlu yang pakar untuk memasaknya, anda yang baru2 nak berjinak di dapur juga boleh buat...tak caya..ok esok try buat...tengok jadi ke tak..amacam..boleh?..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 - 3 biji kentang, kupas belah 8 setiap 1 dan rendam
1 batang lobak merah saiz sederhana, kupas dan potong berbaji
4 batang putih jagung, kerat pendek
6 kuntum cendawa black fungus segar, potong
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek
4 biji telur gred B
40 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 kiun pati ayam
Lada hitam serbuk secukupnya (mat guna aji-shio)
1 inci halia, potong 2 dan dititik
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Serbuk lada hitam untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan lobak merah dan kentang (toskan). gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (hingga kentang tenggelam). Biar mendidih.
  2. Masukkan kiub pati ayam, fucuk, jagung dan cendawan black fungus. Masak hingga kentang empuk sedikit, jika kurang kuah, tambah sedikit lagi air.
  3. Perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu ke dalam periuk, pastikan ia tidak bertindih antara satu sama lain (mat pecahkan dalam mangkuk lain sebelum masukkan dalam sup). Masak dengan api kecil hingga telur mengeras. 
  4. Masukkan soo hoon, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau perlahan2 (mat kacau guna sudu atau sudip kecil). Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan sedikit lagi serbuk lada hitam sebelum dihidangkan....