QHALIFF DAN TEMAN2 BLOGGER JOHOR BERAYA.

rsz_dsc_7710
Assalammualaikum, alhamdulillah, masih diberi kudrat dan ketenangan jiwa. Hari ni mat baru sempat nak update blog. Syawal tahun ini jadual agak padat dengan menerima kunjungan tetamu, dah nama pun hari raya. Entri pertama setelah 4 hari blog tak berupdate, kali ni mat nak share majlis sederhana tapi amat2 meriah yang berlaku pada Jumaat lepas (31 Ogos 2012). Beberapa hari sebelum tu mat terima sms dari Sis Linn, mengenai cadangan beliau bersama Sue Joshua, Azman Ahmad dan Kak Ct Delima untuk ke Sedenak. Dan tak lupa Ben Ashaari turut serta, kali ini Ben blogger tunggal yang bukan dari Johor. Jadi setelah mat adjust jadual, maka hari Jumaat 31hb Ogos tu berlaku lah majlis hari raya di pondok Mat Gebu, Sedenak. Dan mohon maaf sebab mat sendiri tak sempat nak ambik gambar makan2, tapi nanti anda boleh ke blog mereka2 yang ada buat entri mengenai perjumpaan ini. Nak cerita pun macam tak berapa nak larat dah, kita tengok serba sedikit gambar2 yang larat mat up kan dalam entri ini....
rsz_dsc_7684rsz_dsc_7681
rsz_dsc_7683rsz_dsc_7676
Seribu kasih pada Ben Ashaari, Azila dan semestinya si comel Qhaliff yang sudi datang ke pondok Pakcik Mat, walau pun jarak Putrajaya dan Sedenak agak jauh, tapi mereka curi juga masa juga untuk datang....sesungguhnya hati kecil ku amat2 terharu, hmmmm comel kan Qhaliff, tang pipi tu, geramm sehhh...Nanti2 kalau pakcik mat diberi usia, boleh lah tengok Qhaliff berjalan dan bercakap pulak.

rsz_dsc_7705rsz_dsc_7720
Dan ini antara yang sempat nak ambik gambar....Yang kanan tu Kak Yatie Memories dan GB atau Gadis Bunga, yang pandai ambik gambar. Kak Yatie nya kek, masya Allah sedap banget, heaven gitu, sekali makan nak dua kali, dua kali makan nak tiga kali.....memang betul2 godaan lah. Terima kasih Kak Yatie!!...

rsz_dsc_7674 (1)
Sis Linn, kira ketua rombongan hari tu, dan Sue Joshua sebagai penyeri majlis. Terima kasih yea. Setakat ni saja yang mat dapat tulis...Aku tak larat dah, insya Allah nanti mat up entri masak2 pulak. Pada mereka2 yang datang tempoh hari ke pondok mat gebu, terima kasih dari mat dan sekeluarga, minta maaf jika ada yang kami terlepas pandang dan apa yang kurang juga kami mohon ampon... Moga kita semua dipanjangkan usia dan diberi kesempatan berjumpa pada tahun depan, insya Allah......

Post a Comment

12 Comments

  1. Assalamualaikum Mat...
    Terima kasih kerana jemputannya dan aku teramat gumbira sekali dapat membeduk berpinggan pinggan laksa joho dan kek2 kat rumah nko, seronok betul hari tu terutama dapat jumpa blogger2 yang lain...aku penyeri rombongan ehhh? Ngeee...masehhhh!
    Doa aku semoga murah rezeki nko mat dan diberikan kesihatan yang baik...cayang nko ~_^

    ReplyDelete
  2. Salam Mat...
    Bukan ko je terharu aku jgk terharu dan kagum dgn Ben Mat, skali aku ajak trus Ben setuju...dpt kita semua beraya dgn Qaliff...
    Terima kasih Mat..tiap2 thn dpt beraya dgn ko sangat meriah suasana kan..maaf klu molot aku ni kecoh dibuatnya hihihihihi...

    Mudah2an murah rezki ko sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum CMG
    moga murah rezeki cik mat skluarga, layanan tuan rumah bt diri ini xmalu u bmesra dgn kwn2
    Ayu doakan ALLAH merahmati kalian skluarga

    ReplyDelete
  4. Salam sejahtera saudara,

    Seronok mama tgk terjalin silaturrahim !

    ReplyDelete
  5. salam sejahtera CMG,
    seronok tengok kemeriahan di Sedenak...

    ReplyDelete
  6. akhirnya saya boleh tengok CMG live...! yeay!!

    ReplyDelete
  7. Waaaaaaaaaaaa...sebut kek Yatie sedap tuuu...naaaakkk laaaaa...adeeeii, mana dia Mat? jelezzz tahap gaban dah ni...hehe

    ReplyDelete
  8. aisey blogger DTP dari sedenak ya kira 30km dari kg saya tu

    ReplyDelete
  9. ala . tk dapat nak g. >_<

    mesti juadah sedap2 kan. hehehe... ada qhaliff lg

    ReplyDelete
  10. Salam Tok Mat ..

    Qhaliff kim salam sayang .. hehe .. dia kata nanti nak datang lagi .. Nak tengok daddy je makan . hahaha ..

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum cmg...
    alhamdullillah btemu lg kita dilebaran 2012.

    thanks ats lynn y super duper..
    memahami dirimu xcukup tgn melayan para tetamu

    moga murah rezekimu

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Mat Gebu,
    Syukur alhamdulillah majlis berjln lancar, terima kasih yg tak terhingga atas layanan yg di berikan..terharu dan gembira sekali...sesungguhnya hati Mat dan keluarga sungguh mulia yg tak putus2 menerima kunjungan dari teman2 juga hidangan yg lazat2....hanya Allah saja yg membalas budi baik Mat sekeluarga...

    terima kasih sekali lagi..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.