Salam 10 Syawal, punya lah cepat. Ok hari ni nak share entri yang dah beberapa hari, dan mat pasti anda pun dah boring, tengok gambar je dah tau. Lagi pun dah kerap juga mat masukkan dalam blog. Ini antara menu yang mat hidang masa Kak Ummi dan Puan Azlita datang tempoh hari. Soto satu hidangan boleh dikatakan popular di negeri Johor, ia berupa sup berempah yang direbus bersama rangka2 ayam untuk beberapa jam hingga mendapat kuah yang pekat. Dimakan bersama nasi impit atau ketupat bersama bahan2 sampingan seperti begedel, soon goreng, kacang tanah goreng, daging ayam yang dicarik, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan paling penting, sambal kicap. Kalau soto takde sambal kicap, memang tak kick langsung. Selain nasi impit, anda boleh juga hidangkan bersama mi kuning atau mi hoon. Dan tak lupa nak selitkan sikit tetamu mat tempoh hari, dari geng kolek PML (Pinggan Mangkuk Lama)...
Kak Azzah salah sorang kolektor tegar PML, lama juga mat kenal kak azzah menerusi blog beliau di sini dan juga FB. Tapi ini baru pertama kali bersua muka. Orangnya peramah dan penuh sifat keibuan dan seorang ibu yang begitu berjaya. Bukan calang2 woo ini olang, manyak pandai punya..anak2 dia pun menjadi semua...aminnn.. Kebetulan kak azzah datang pada hari yang sama kak nani (mak hanis zalikha) datang. Tapi tu lah mat cuma hidangkan cekodok udang dan biskut2 raya saja. Jutaan terima kasih pada kak azzah, bonda kak azzah, ipar beliau, suami dan anak2 yang sudi singgah ke pondok mat gebu....Apa yang kurang saya mohon ampon dan maaf yea....(*_____^).. Ok resipi pulak, walaupun dah berkali2 letak...tak kesahhh, nak letak juga.
BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
- UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm..
CATATAN MAT GEBU :- Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biar sejuk dan carik halus. Untuk sambal kicap tu, anda tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang puith, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan.
26 Comments
sedapnya soto che mat nih...teringin akakkkk tau..
ReplyDeletemurah rezeki cik mat...
ReplyDeletesemua tetamu yang hadir memang bertuah dapat rasa air tangan mat..
ReplyDeletesoto mmg salah satu menu yg selalu ada di open house org johor.
ReplyDeletesaya memang peminat soto. makan dgn sambal kicap kaw2 pedas punya memang ummph!! fuh, terliur tengok isi mangkuk kat atas tu
ReplyDeleteSalam Cik Mat....huhu...terliur tgk gambar soto tu...tak ada rezeki akak kan..siapa suruh sampai lambat kan...hehehe ..tak apa...InsyaAllah lain kali dah boleh datang ...nanti nak suruh Cik Mat masak lain pulak ...hehe
ReplyDeleteAs'salam Che Mat ....
ReplyDeleteBetapa bertuahnya rasa diri Nina & family dapat merasa SOTO JOHOR air tangan Che Mat
Seronok tak terkata! ngeeeeee>>>>>
Terima kasih banyak Che Mat & family
Insya'Allah ada masa kita bersua lagi~
Teringat2 lagik soto ko yg sedap tangkap leleh punya cili kicap...best giloossss!! Najwa n Najiha duk puji2 masa otw blk...hadeeii, siap suruh akak buatkan pulak...huhu... Hidangan terbaik Mat, akak suka sbb xnak nasi...hehe
ReplyDeleteCMG..sedapnye soto.lama tak mkn soto
ReplyDeletehaaa terliur tengok soto CMG.. yang geng tak pandai masak taknak jemput ke.. hehe...
ReplyDeletebestnya...nak tanya, macamana nak buat bergedel tu? bole share resepi?
ReplyDeletethanks in advance
selamat hari raya maaf zahir batin ;-)
suka soto...tp bahan dlm sup kita ada lain skit nanti boleh ikut resepi nie plak..raya nie x buat lagi.
ReplyDeleteHari ni hari Merdeka, Cik Mat kat mana ni?
ReplyDeleteSelamat hari Merdeka dan selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Salam merdeka PCM! aduuhh sedapnyaa..bila la dpt merasa air tangan CM ni..hehe
ReplyDeleteCMG..terus lapo niiiii..huhu
ReplyDeleteentry gambo raya..
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/entry-gambar-qasehraihan-julung2-kali.html
salam ziarah.. ^_^. Boleh tempah MyQalam Quran Read pen di sini dengan kualiti yang terjamin.
ReplyDeletehttp://muslimbazaar.mnmall.me/
.
ReplyDelete(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')
CMG - masih daku terasa sedapnya soto harituh. nasib baik semuanya ada resepi. cayalah!
ReplyDeleteCMG .. saya da try resepi ni td .. Bapak sedap!! Thanks :)
ReplyDeleteterliur tengok isi mangkuk kat atas tu. like this ya Fortuner SUV Terbaik with high technology 2012.
ReplyDeleteSalam. Bhn2 utk resepi nie utk berapa org yg boleh mkn?
ReplyDeleteSalam chef mat.. ni utk berapa orang punya hidangan. Saya nak masak utk 40 org.
ReplyDeleteSalam chef mat.. ni utk berapa orang punya hidangan. Saya nak masak utk 40 org.
ReplyDeleteassalam tq sharing..mudah dan praktis..
ReplyDeletewahhhh...sedap!!!
ReplyDeletePeluang Niaga Online Untuk Surirumah
Boleh cuba ni
ReplyDelete