MARBLE CHEESE BROWNIES...

rsz_dsc_7770
Assalammualaikum, salam Isnin. Lega dan hari ni mat baru dapat ruang untuk update blog seperti biasa (Insya Allah). Sejak raya dan kalau ikutkan beberapa hari sebelum raya, masa agak ketat. Entri pertama hari ni nak share marble cheese brownies yang mat buat tempoh hari masa teman2 blogger datang ke Sedenak. Ia satu resipi yang mudah dan agak "kaya"...ehem ehem, sekali2 ok lah kan, kalau banyak kali, boleh pengggsannnn >______< . Agak mudah membuatnya, cheese dan coklat boleh dikatakan satu gabungan yang mantap, cuma kali ni mat tambah parutan kulit lemon dalam adunan cheese. Resipimat ambil dari fotopages teman masak2, Kak Rinchan di sini.. Cuma  kalau anda guna tin 10 inci x 10 inci x 1 inci, agak cetek, kalau nak guna kena cari yang tinggi sedikit. Mat guna acuan 10 x 10 x 2. Siapa2 ingin mencuba, resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHAN BROWNIES :-)
250 gram mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu sejat (mat guna "IDEAL")
1 1/2 cawan gula halus (mat guna 1 1/4 cawan)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul dan ayak)
1 camca teh esen vanilla

BAHAN-BAHAN TOPPING CHEESE :-)
250 gram cream cheese
1 biji telur gred B
3/4 cawan gula halus (mat guna 1/2 cawan)
Parutan kulit lemon dari sebiji lemon
1 camca teh jus lemon
2 camca besar susu sejat

CARA MEMBUATNYA :-
  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. UNTUK BROWNIES :- Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. UNTUK CHEESE TOPPING :- Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur, parutan kulit lemon, susu sejat dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus (atau corak yang anda gemari), kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
CATATAN MAT GEBU :- Mat simpan brownies ni dalam peti sejuk selama semalaman atau sekurang2nya 2 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

Post a Comment

20 Comments

  1. sekali sekala tak pe, masalahnya kalau Kak Sari buat sekali sekala pun Kak Sari yg makan paling banyak.. hehehehe..

    Maaf ya, Cik Mat. Tak dapat hadir masa 31 Ogos tu sebab jiran sbelah umah akak buat kenduri kahwin.. :-(

    ReplyDelete
  2. cik mat.. dalam bahan untuk topping tak ada telur sebiji

    ReplyDelete
  3. saya dah makan ni. so dah tak kempunan lagi...!

    ReplyDelete
  4. salam cmg.. rajin sungguh memasak ek. tp jue keliru kat topping cheese. resepi xda pulak telur tp kat cara2 ada masukkan telur. So yg mana satu ni.

    ReplyDelete
  5. @ Jujue - erkk...maaf, ok cm dah edit, tertinggal pulak telur...terima kasih yea...selamat hari raya.

    ReplyDelete
  6. perghhh...ngences nengok!!!

    ReplyDelete
  7. Love your tea set Che Mat, brings back beautiful memories of my grandmother :)

    ReplyDelete
  8. sedapnyer.... Sukanya kalau ade depan mata.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Sedapnya, penuh coklat dan cheese plak tu. Mmmm....

    ReplyDelete
  10. cheeese cheese ni memang kesukaan daku nie..
    btw
    salam kenal n salam aidilfitri yer..
    :)

    ReplyDelete
  11. Che Mat, masa bila kita masukkan cheese mix tu?
    Texture brownie tu sepatutnya mcm mana? sebab bila saya buat jadi kering. Confuse sikit dengan timing
    brownie and cheese tu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. hiyeee..
    sorry menggangu tapi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Mat kerana create this blog and willing to put the recipes in.
    i have tried several of your recipes, and this is my second favourite (after the death by chocolate cake!)
    tapi saya punya soklan sama mcm seorang di atas.. bila saya buat ni, bahagian brownies tu, a bit dry.
    can i ask why? or maybe something that saya kena peka about?
    or is there something that i can do to perhaps moist it up a little?

    terima kasih yer awakkk!!
    kalu sudi, jawab laa yer..
    kalu bz, takpe..
    i understand.
    nak ucap terima kasih gak sbb dengan adanya blod ni, saya sukaaaa baking!
    resipi awak mmg best best!
    and yg paling penting, menjadik!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.