Entri jemput2 jee kee?..Yelah, tu saja yang mampu, tapi taukah anda, walaupun ia hanya jemput2, yang mudah, ringkas dan nampak "biasa2 jeee" ia tetap menjadi kegemaran dari kanak2 hingga warga emas. Ini merupakan cemilan orang2 melayu kita sejak dulu kala lagi. Jadi ia boleh dikategorikan sebagai makana warisan. Penyediaannya amat mudah dan hanya memerlukan bahan2 asas, seperti tepung, garam, dan air. Tapi untuk menambah rasa, boleh dipelbagaikan, paling selalu dan biasa, kelapa, udang segar atau ikan bilis dimasukkan. Lepas tu boleh tambah hirisan bawang besar, hirisan cili, daun sup/daun bawang dan sebagainya. Maka akan terhasillah pelbagai versi jemput2. Dan bila peredaran masa menokokkan usianya, jemput2 juga mengalami evolusi, ditambah telur, serbuk penaik dan sebagainya dan teknik membuatnya juga berbeza untuk setiap individu...Pstt jangan lupa klik "LIKE" di sini yea.. (*____^)
Dan hari ni mat juga mengevolusikan satu lagi resipi jemput2 mengikut bahan2 terkini, tapi masih kekal sebagai jemput2 atau cekodok. Bila dengar bahan2 terkini, ada yang berkerut kening, heran dan penuh tanda tanya..haha, bertenang, tarik nafas dulu dan hembus perlahan2 yea. Benda terkini tu cuma jejari ketam atau crab stick kata omputeh dan mat tambah juga 1 paket mushroom soup VONO (jenis serbuk tu). Tu saja, tak pelik mana pun. Jemput2 yang mat buat ni lembut tapi idok leer melengas minyaknya yeop..just nice, cuma masa goreng tu api jangan besar sangat, kang hangus di luar dan dalam tak masak. Atau api selow sangat, nanti melengas dek minyak. Api kena sederhana dan satu lagi jangan "jemputkan" adunan terlampau banyak dalam kuali. Ok resipi pulak...asyik bebel je kan...mentang2 resipi ciken...
BAHAN-BAHANNYA :-)
6 batang jejari ketam, potong kecil
1 kelopak kobis bulat, hiris halus
1 biji bawang besar, dadu
1 biji cili merah, buang biji dan didadu
1 biji cili hijau, buang biji dan didadu
1 paket serbuk mushroom soup VONO, contoh di sini..
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
Secubit @ 1/8 camca teh baking powder
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam dan air, dalam satu bekas. Tuang air dan gaul rata. Tambah garam dan gaul lagi hingga sebati. Rehatkan sekejap.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kemudian basahkan sedikit jari anda. Jemputkan adunan tadi dan berhati2 masukkan dalam minyak panas. Buat 12 - 14 biji jemput2 sekali goreng, ini bergantung pada saiz kuali anda ok.
- Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian jemput2. Kalau suka garing masak lama sikit, tapi jangan lah sampai rentong. Angkat dan toskan. Letak atas kitchen paper towel. Hidangkan bersama sos cili, sambal tumis atau apa2 sos kegemaran anda...
7 Comments
menarik nie..sedapnyer..:-)
ReplyDeleteMengancam jugak jj ni..xsabo nk try :-D-D
ReplyDeleteMengancam jugak jj ni..xsabo nk try :-D-D
ReplyDeleteMengancam jugak jj ni..xsabo nk try :-D-D
ReplyDeletewow tak sangka crab sticks ini bleh dibuat jemput2. tak pernah terfikir. lu memang kelezzzz che mat.
ReplyDeleteche mat mmg kretip!
ReplyDeletemak aiii..saya lapar~!!!
ReplyDeleteoh CMG....tolong~!!!