HARI KERJA BANYAK...MASAK PUN YANG BIASA2..

rsz_dsc_6739 (1)rsz_dsc_6740
Assalammualaikum, salam 17 Ramadhan. Apa khabar anda?..sehat. Mat rasa ok dah, cuma ada batuk sikit2 lagi. Hari ni patutnya, mat buat sejenis lagi biskut, tapi sebab nak siap kan satu kerja ni, terpaksa lah ku tangguh itu projek biskut. insya Allah esok sambung balik. Jadi sebab dah ala2 penat lah kononnya, aku pun masak yang mudah2..yang campak2. Kebetulan Bak pun kurang sehat sekarang ni, huhu, siann lah, bulan2 puasa Bak boleh sakit pulak. Mat masak benda2 mudah saja. Macam anda nampak seperti gambar di atas dan di bawah ni. Yang atas kiri tu mat masakkan untuk Bak, mula2 dia nak makan sambal goreng, sebab ni hari kan Isnin, jadi tempe dan tauhu elek, dan mat guna kan bahan2 yang ada saja, nasib baik ada petai, jadi kira membangkit kan ghairah tekak gak lah, walaupun bau dia "bucuk" sikit. Yang sebelah tu sambal tumis sotong kembang, untuk bonda ku...Seterusnya......

rsz_dsc_6751rsz_dsc_6748
.....dan untuk mat gebu..alah si mat tu lah, dia ni hari tumis air bayam merah dengan udang. Kuah bayam tu memang merah, konon2 aku ni Raja Bersiong lah kan, makan bayam yang merah. Mat suka bayam masak macam tu selain direbus air. Kalau goreng belacan atau dimasak lemak pun sedap juga. Dan yang terakhir tu ikan tongkol bakar cicah air asam budu, untuk abang mat, tapi aku yang makan lebih..haha, boleh gitu....Rumusannya, setiap orang ada pilihan hati masing2...jadi baru lah meriah meja makan, tapi anda sendiri nampak kan macam mana menu berbuka puasa kami, no kuih2, no benda2 yang vogue atau yang ala2 lima bintang bagai...cuma masakan yang simple sahaja.....Jadi tu pasal mat malas lah nak tulis resipi dia, sebab ini benda2 yang anda sendiri biasa masak di rumah dan kalau anda selak entri2 lepas, pun ada mat tulis resipi2 dia...Itu saja lah untuk malam ni, insya Allah esok mat up kan satu entri lagi.....Selamat bersahur dan selamat berpuasa untuk saudara2 ku sekelian......

Post a Comment

6 Comments

  1. @ miszlullaby - olo..olo..olo...sibuk yea sekarang?..

    ReplyDelete
  2. Sotong Kembang tu makan macam rasa geget getah wakakakaka

    ReplyDelete
  3. @ encik zaharin - Sotong tu potong, then kasi rebus sekejap dalam seminit macam, tu. Toskan baru masak sambal tumis, insya Allah tak mcm getah, dia jadi liat2 manja....

    ReplyDelete
  4. Wlaupun ringkas tp nmpak sedap la cik mat

    ReplyDelete
  5. Wlaupun ringkas tp nmpak sedap la cik mat

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.