AGAR-AGAR SERI KAYA...

rsz_dsc_2941
Panas cuaca siang tadi. Sajalah buat agar2, kasi dia sejuk dalam peti ais dan boleh santap. Nama  saja agar2 seri kaya tapi bukan lah guna seri kaya. Cuma guna telur, santan, agar2, gula dan air. Lepas tu daun pandan dan perisa pandan. Ni sama macam agar2 gudel tu juga. Kadang2 mat buat menjadi, ada masa kurang, maksud kurang tu part kepala dia takmo nak naik ke ata sangat. Agar2 macam ni kalau jadi, bila membeku ia akan membentuk 2 lapisan, bawah jernih dan atas berkepalakan santan. Satu lagi, mat guna agar2 serbuk cap burung layang2 atau swallow. Kalau ikut arahan pada paket, disarankan 10 gram agar dengan 1 liter air. Boleh saja, tapi akan menghasilkan agar2 yang agak keras. Kalau nak lembut, sedikit, guna 1200 ml cecair. Kalau anda nak guna gula merah pun boleh. Tahap kemanisan bergantung pada citarasa anda. Tapi biarlah sederhana. Ok kita lihat resipi mudah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 gram serbuk agar cap burung layang2 (atau agar2 pilihan anda)
3/4 cawan gula (atau secukup rasa
1000 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca teh pes pandan (mat guna jenama "kupu2" dari Indonesia)
180 ml pati santan (boleh guna santan kotak)
1 putih telur
1/2 camca teh esen vanilla
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan agar, gula, air dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan pes pandan dan masak sekejap lagi.
  2. Sementara itu, satukan santan dengan putih telur, secubit garam dan esen vanilla, kacau rata dan tuang ke dalam periuk agar2. Kacau perlahan dan biar mendidih. Matikan api, keluarkan daun pandan dan tuang dalam bekas kegemaran anda.
  3. Biar hingga hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk hingga betul2 beku. Sedap dihidangkan dingin... Selamat mencuba..

Post a Comment

6 Comments

  1. menarik..mesti sedap ade rase lemak2 sikit nih..pcm nih serba boleh..amek gambaq pon cantik..ada daya tarikan..huhu

    ReplyDelete
  2. Salam tuan blog tiffin blue...

    saya nurul, blogger juga, dan pelajar phd...saya memang dah lama follow blog masakan ini..

    dan saya direct to the point, boleh tak saya mohon tuan blogger untuk sebarkan survey saya (part of my phd task) untuk dapatkan maklumat trustworthiness antara blogger/ pembaca dengan maklumat di blog.

    nanti boleh lah jenguk survey tu untuk makluman details dan jawab sekali soalan-soalan tersebut.. :)

    saya mohon pertolongan dari en/pn. kalau sudi, kalau tak , saya terima seadanya..

    ini link nya :
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?pli=1&formkey=dHhqRWdhNElrdDZCc1lxX2Vld1JoM1E6MQ#gid=0

    ReplyDelete
  3. salam..wahh mkn sejuk sedap ni cm

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.