Malam ni nak share satu lagi resipi terung. Biasa2 saja. Mat mana ada masak yang luar biasa, ini semua menu siang tadi. Benda2 ni semua selain untuk mat kongsi dengan anda, ia juga bertindak sebagai bahan rujukan mat sendiri. Kali ni mat saja guna sos black pepper yang mat dapat dari sorang kenalan dari Sarawak, geng kolek PML, terima kasih Kak Eskay, atas kiriman, lada hitam Sarawak yang the best in the world, pes laksa, ikan terubuk masin dan juga beras baru dari sawah milik beliau sendiri di kampung. Mat guna terung jenis sakura pearl, boleh beli di TESCO, ianya ditanam dengan kaedah bebas racun serangga, terungnya manis dan lembut. Terung ni lepas mat hiris, mat salai dalam non-stick pan yang at sapu sedikit minyak zaitun, salai hingga lembut, letak dalam pinggan sesuai, dan kita buat sos lada hitam. Curah atas terung tadi. Mudah kan..ok esok boleh buat. Kita semak resipi sekarang...Bagi yang belum undi hari ni, boleh berbuat demikian di sini, hanya sekali sehari sahaja. Terima kasih...
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung
1/2 genggam ikan bilis, bersihkan, rendam sekejap, toskan dan goreng hingga garing
1/2 biji cili merah, buang biji, didadu halus
Sedikit hirisan daun bawang
2 camca besar sos lada hitam
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap manis
Sedikit air
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*ditumbuk halus)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong sederhana tebal, rendam sekejap dan toskan. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa). Salai terung tadi hingga lembut, guna api sederhana. Balik2 kan terung tadi. Alih ke dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap manis dan sedikit air. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- Tuang no.2 atas terung, ratakan. Tabur ikan bilis, hirisan daun bawang dan cili merah tadi. Hidangkan dengan nasi panas....
7 Comments
Salam CMG,
ReplyDeleteterung peberet saya...selamanya..ekeke
@ MJ - salam Puan...haha, sama lah kita...Moga MJ berjaya..
ReplyDeleteSalam CMG..aduh lapaq nasi le pulak tengok terung tu..lagi pulak ikan bilis goreng diatasnya..sedapnyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteCik Mat, Kalau nak bagi nampak lagi posh, kita baby nama dia grilled lebanese eggplant in black pepper sauce with deep-fried anchovies, hikhikhik.
ReplyDeleteApa2 pun, tetap mengancam selera!
Terung Salai pulak... lada hitam lagi... kelasssss CMG
ReplyDeletesos lada hitam dia sgt pekat. marvelles!!
ReplyDeletenmpk sedp
ReplyDelete