Salam semua, tadi kat FB mat kata malas nak masak, tapi memandangkan memasak ibarat rutin harian mat gebu, aku masak juga. Atas permintaan mat diarahkan memasak gulai terung pipit dengan ikan kembong rebus. Tapi ni gulai biasa2 sahaja, sebab Bak yang nak, jadi tak pedas. Kalau mat sah2 tambah cili padi. Rasanya banyak kali juga dah mat letak resipi macam ni kat DTS. Ikan kembong rebus tu pada mereka yang tak makan, boleh ganti dengan ikan bilis, ikan bilis tamban atau tulang ikan masin kurau. Masak macam ni herba seperti serai dan daun kunyit adalag elemen wajib bagi menambah rasa dan haruman masakan. Terung yang diasingkan dari tangkainya, cuci dan rebus hingga empuk, toskan. Ok kita semak resipi mudah ni...
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan terung pipit, cuci dan celur sekejap dan toskan
3 ekor ikan kembong rebus, dibersihkan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit. disiat
1 keping asam gelugor
1 liter santan cair
300 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci kunyit hidup
Secubit belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan terung pipit ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus, kacau rata, tuang santan cair dan masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugor, biar sekejap.
- Tambah ikan kembong rebus, dan pati santan. Kacau perlahan dan biar mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masukka daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain..
4 Comments
Kalau dapat menu ni..mesti tambah nasi punya lahhhh ;)
ReplyDeleteisssshhhh... tadi, sardin... sekarang gulai terung pipit pulak.. ada ikan kembong rebus lagi... lama lah pulak x makan ikan kembung rebus...
ReplyDeleteaduh sedapnya nampak terung pipit tu nak kena cari jugak ni kat "tamu" disini teruja lah tengok si pipit tu
ReplyDeleteselalu nampak masakan ni. cuma tak pernah lagi letak terung pipit
ReplyDelete