MASAK-MASAK DI DAPUR MAT GEBU...

rsz_dsc_0434

Salam Ahad, selamat petang semua. Mula2 mat ingat nak cuti masak hari ni, tapi tu lah kan, macam risau pulak bila tak masak. Lagi pun orang lain nak juga makan, kalau kita saja takpe lah, biskut pun boleh. Jadi mat lakukan operasi selongkar peti sejuk. Sepatutnya Jumaat lepas masa untuk beli  dah barang2 dapur, tapi atas sebab2 tertentu, kena tunda ke Isnin ini (insya Allah).  Mat masak ikut apa yang ada. Cuaca mendung2 ni kira makan apa saja pun ok, tapi takmo kari atau masak lemak. Jadi ini semua masakan ringkas, mudah dan cepat, rasa2nya boleh siapkan dalam masa yang agak singkat juga lah.Kalau anda perhatikan semua yang senang2 saja kan. Pasti anda boleh masak juga. Bahan2 pun yang mudah didapati. Kita lihat yea apa mat masak hari ni...Jommm......

rsz_dsc_0440rsz_dsc_0462
Mula tadi mat masak ikan tongkol, cuma goreng kunyit biasa sahaja, tapi lepas goreng tu nampak togel je, jadi mat tumiskan bawang besar, bawang putih, sedikit serbuk kunyit, sedikit asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ikan tongkol goreng dan gaul rata. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh angkat. Lepas tu mat dadar telur pulak, yang ni cuma bahan2 biasa sahaja, telur, bawang besar didadu, bawang putih cincang, cili hijau dan merah, buang biji dan dadu kecil serta sedikit baking powder, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan dadarkan seperti biasa. Mat letak baking powder  nak kasi telur lagi gebu. Masa goreng tutup kuali atau pan dengan tudung periuk. Guna api kecil ok....


rsz_dsc_0447rsz_dsc_0457
Lepas ni, mat tumbuk pulak sambal belacan buah bachang, serius yang ni sungguh meleleh air liur ok. Bahan pun mudah saja, cili padi, sedikit garam, 3/4 inci belacan dibakar harum dan buah bachang, hiris. Tumbuk semua kecuali buah bachang, hingga halus, masukkan buah bachang, tumbuk sekejap tapi tak payah lumat sanngat buah tu. Gaul rata dan bolehlah hidangkan. Untuk  masakan berkuah pulak mat cuma tumis air kobis dengan udang kertas. Letak soo hoon juga. Mudah saja tumis air tu, nak bess tabur sedikit serbuk lada hitam bagi berangin sikit. Kalau makan macam tu saja pun sedap, sebelum dihidangkan, kalau suka tabur hirisan daun bawang dan bawang goreng kasi lagi wangi...

rsz_dsc_0446
Dan terakhir mat goreng ikan masin, yang ni ikan masin terubuk pemberian seorang teman dari Sarawak, dia pos sekali dengan beras baru, pes laksa dan tak lupa lada hitam sarawak, the best black pepper in the world!. Ikan masin terubuk yang ni rasa dia taklah masin sangat, lemak2. Dan paling best sisik dia tu, rasa kacang2 sikit. Satu lagi kalau nak goreng, guna minyak yang baru, jangan goreng guna minyak yang dah digunakan. Tu saja untuk kali ini....jadi boleh lah kan apa mat masak hari ni.. Ok. sampai sini dulu yea...Jemput makan semua.....Terima kasih pada mereka yang sudi singgah ke DTS....

Post a Comment

12 Comments

  1. thanks CMG utk secret recipe telur dadar itu...simple tp nak jadik elok bukan sume boleh buat kan? yg mudah disebut tu kadang2 susah nak dibuat..okayy menu ahad nasi goreng & telur dadar iniiiiii!!!

    ReplyDelete
  2. kalau profesional masak telur goreng dengan ikan masin pun nampak sedap!!!!!

    ReplyDelete
  3. sambal bachang memang melelh air idung gak tu! classsss CMG blog ni dok tyg kt NONA TV3 je hari ni...tahniah!

    ReplyDelete
  4. Akak singgah tumpang colek sambal bacang....

    ReplyDelete
  5. amboi gebunya telur dadar tuh

    ReplyDelete
  6. sambal bachang tu mmg menarik mata ku ini..hehe...bestnye dpt trubuk masin sarawak...ermmm lama x makan....

    ReplyDelete
  7. kalau mcm ni la mat, tak de selera pun jadi berselera...

    ReplyDelete
  8. Wow...I like! Telur dadar
    emmm.... mesti sedapp!. Luv it,
    lagi secret resipi mesti cuba.
    Tks & take care.
    Visit @ http://whatsinmysmallkitchen.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Simple pun nampak sedapsss! Yang penting semua lauk matching. Like!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.