Malam semua, mana yang berpuasa, selamat dah berbuka. Mat pun tadi berbuka juga..erkk, hehe, join bonda berbuka puasa. Petang tadi sebagai kudapan lepas2 berbuka, sempat lah mat buat cucur kelapa dan juga sambal tumis ikan bilis, tapi bukan biasa2 punya sambal, ada letak mayonnaise lagi, erkk jangan tak caya ok. Cucur kelapa tu kebetulan sahaja, sebab ada stok kelapa parut muda yang mat bekukan dalam freezer. Jadi boleh lah dijadikan cucur atau cekodok atau jemput2. Pada mat kalau nak buat cucur kelapa, kelapa parut harus yang muda sedikit, seperti kelapa membuat inti. Untuk cucur kelapa ni bahan2 dia tak banyak, cuma kelapa parut, tepung gandum, baking powder, garam dan air. Tu saja, mudah bukan. Ini kira typical orang melayu nya kudapan. Kalau dikampung2, ini antara hidangan minum petang mau pun sarapan pagi. Paling ngam makan dengan sambal tumis, kalu takde dengan sos cili juga sesuai....
Sebelum mat buat cucur kelapa tu, sempat juga buat sambal tumis mayonnaise, mat guna ikan bilis. Sedap ke guna mayonnaise tu?.. Kenalah cuba kalau nak tau, cuma mat sarankan, garam anda kena letak akhir, selepas mayonnaise. Ini kerana mayonnaise itu sendiri sudah ada garam. Sambal tumis selalunya perlu ada keseimbangan rasa masam, manis, pedas dan lemak2 masin, bukan masin terlampau. Ikan bilis tu terpulang pada gaya anda, samada nak goreng dulu atau tidak, kalau nak goreng, gaul ikan bilis tadi pada saat akhir. Tapi mat buat yang ikan bilis tidak bergoreng. Ok tu sajalah cerita untuk entri ini, kita semak resipi seperti dibawah ini...Terima kasih sudi singgah ke DTS.
CUCUR KELAPA.....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan kelapa parut putih
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar air
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan semua bahan2 diatas kecuali garam, gaul rata dan tambah garam secukup rasa, jangan letak banyak2, kasi rasa lemak2 sudah memadai. Rehatkan sekejap.
- Panaskan minyak dalam kuali. Basahkan hujung jari anda, kemudian jemputkan adunan tadi, guna hujung2 jari saya untuk menjemput adunan, dan berhati2 jatuhkan ke dalam minyak sederhana panas. Buat 8 - 10 biji sekali goreng, bergantung pada saiz kuali dan kuantiti minyak yang anda guna. Goreng hingga kekuningan, angkat dan toskan.
SAMBAL TUMIS MAYONNAISE....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar mayonnaise
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, kacau dan masak sekejap.
- Tambah ikan bilis dan mayonnaise, gaul rata dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga sambal pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur kelapa tadi.....Selamat mencuba!.
11 Comments
ada kelainan..suka bila cmg sentiasa syer benda yang lain dr yang lain..
ReplyDeleteayu nak try gak...
thanks ya
wahhh..macam mana agaknya rasa sambal yang diletak mayonnaise???
ReplyDeletewah, kelapa dlm freezer still ade..boleh la try cucur kelapa ni..sambal nasi lemak pn de lg. isk..terliur lak aku.
ReplyDeletecucur kelapa?menarik la cmg :)
ReplyDeletemmg sedap kalau sambal tumis letak mayonis..boleh jugak tambah sikit majerin lepas letak mayonis...nyam3x
ReplyDeleteCukup menggugat imanku di pagi2 hari ni...aduuhhh bertahankah sampai ke senja....sabaauuu je laaa.. Ko mmg Mat, suka taauu kasi akak ngences masuk sini..
ReplyDeleteSambal tumis Mat Salleh eh Mat? Hihihi...
ReplyDeletedah lama nya x makan cucur ni..
ReplyDeletetengok gambar sambal tu dah membuatkan saya terliur..dah tentu sedap ada mayonis...
ReplyDeletesuka resepi cucur kelapa che mat nie...w/pun biasa2 jer...tpi memberi idea pada saya..yg tak pandai memasak nie...salam dari benua aprika
ReplyDeleteCucur kelapa cicah ngan sambal mayo... Waaah!!! Dpt bygkan betapa sedaaapnya tu cm.. Sukanya kat respi nie.. ;)
ReplyDelete