AGAR-AGAR GUDEL @ GULA MELAKA..

rsz_dsc_7965
Petang semua, jom makan agar-agar pulak. Mat gebu pun mood pun bercampur2 ni, jadi tu pasal jadi rajin tersangat2 (aku panas nih...panas....). Semalam sampai ada sorang ni tanya, CM u datang bulan ke?...Huhu, sabar jee lah. Nampak agar-agar gudel atau agar2 gula melaka tu?...tak berapa nak ok sangat kan, dia punya agar2 tu takjadi double sangat kan. Sebenarnya mat guna baki santan masak kurma tadi. Dalam 200 ml, santan pun tak berapa nak pekat. Tak kesah lah, janji sedap. Tapi kalau yang real2 jadi nya, dia akan jadi 2 lapisan, satu lapisan santan dan satu lagi lapisan gula melaka, tapi yang ni, dah macam agar2 suci jee. Sedap dimakan sejuk dan sesuai juga sebagai pencuci mulut. Satu lagi kalau buat untuk majlis2 rasmi atau santai pun sesuai. Sebelum lihat resipi, kita baca dulu entri pilihan DTS di sini....Terima kasih...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket agar2 cap burung layang2 (swallow) seberat 10 gram
60 gram gula melaka, potong kecil*
1 helai daun pandan, disimpul*
1/2 cawan gula pasir*
300 ml air*(*disatukan, masak hingga larut dan tapis)
200 ml pati santan
1 biji telur
500 ml air
1 helai daun pandan, disimpul
1/4 camca teh pewarna coklat
Secubit garam
1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tuang  500 ml air ke dalam periuk, masukkan serbuk agar2, kacau rata, masukkan daun panda dan masak hingga mendidih. Kemudia masukkan pula air gula merah yang telah ditapis tadi. Kacau dan biar mendidih perlahan. 
  2. Masukkan pewarn coklat, kacau rata. Sementara itu satuka santan dengan telur, garam dan esen vanilla, kacau hingga rata. Tuang dalam agar2 tadi, kacau perahan dan bila mendidih sahaja, terus matikan api.
  3. Keluarkan daun pandan, tuang agar2 dalam acuan pilihan anda. Biar hingga hilang wap panas, kemudian simpan dalam peti sejuk. Hidangkan sebagai pencuci mulut, sedap dimakan sejuk...

Post a Comment

5 Comments

  1. Fuuh.. Meleleh air liur tengok gambar tu.. Mesti sedap kan.. PCM tolong post agar-agar tu ke MMU Cyberjaya, saya nak merasa jugak.. hehe..

    Terima kasih untuk backlink tu. :)

    ReplyDelete
  2. comel, cantik, ayu... harus 10 ketul baru puas menikmatinya..

    ReplyDelete
  3. tak jadi dua lapisan pon tetap nampak sedap

    ReplyDelete
  4. sedappp nyer makan sejuk-sejuk nie ...!!!!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.