rsz_dsc_1841
Nite semua, aduhh peninglah pala, bila tulis entri huruf lain, bila publish keluar kat blog jadi lain, ada masa macam pakai celak, ada masa huruf semua keding2....grrrr, jadi caca merba sudah. Hmm, biar lah kan, tak kuasa nak fikir banyak2. Ok entri terakhir kali ni saja nak share satu resipi senanhg gileeerrr, cuma perlu 4 bahan2 saya, prata segera, telur, bawang dan garam. Minyak sedikit, itu saja. Nak nampak mewah, cicah leer dengan apa2 kuah yang anda suka, kuah kari boleh, kuah gulai boleh (macam mat tuu), sambal tumis boleh atau makan macam tu sahaja pun ok. Kena pulak dengan air kopi, pengsan lah korang lepas tu. Kandang2 bila mat masukkan entri masak2, orang heran, eh kejap2 u masak eks. Alahh setakat masakan biasa apa lah sangat, bukannya masak kerbau atau masak kambeng 3-4 ekor, kang aku masukkan entri masak air....ha baru yea!!....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping prata segara jenama KAWAN
1 biji bawang holland saiz sederhana, dicincang
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Kuah atau sambal tumis sebagai pencicah
Sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, masak sekejap roti prata tadi hingga perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam non-stick pan yang sama, panaskan sedikit minyak. Masukkan sedikit garam dalam telur dan kacau rata. Tuang dalam pan dan tabur bawang cincang rata. Bila permukaan telur nampak sedikit kental, tepekkan dengan roti prata tadi, tekan2 sedikit.
  3. Biar masak dengan api kecil 1 - 2 minit. Terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan lipat dua, tekan2 sedikit. Biar sekejap dan boleh dikerat. Hidangkan bersama kuah gulai dan air kopi.........