Nite semua, aduhh peninglah pala, bila tulis entri huruf lain, bila publish keluar kat blog jadi lain, ada masa macam pakai celak, ada masa huruf semua keding2....grrrr, jadi caca merba sudah. Hmm, biar lah kan, tak kuasa nak fikir banyak2. Ok entri terakhir kali ni saja nak share satu resipi senanhg gileeerrr, cuma perlu 4 bahan2 saya, prata segera, telur, bawang dan garam. Minyak sedikit, itu saja. Nak nampak mewah, cicah leer dengan apa2 kuah yang anda suka, kuah kari boleh, kuah gulai boleh (macam mat tuu), sambal tumis boleh atau makan macam tu sahaja pun ok. Kena pulak dengan air kopi, pengsan lah korang lepas tu. Kandang2 bila mat masukkan entri masak2, orang heran, eh kejap2 u masak eks. Alahh setakat masakan biasa apa lah sangat, bukannya masak kerbau atau masak kambeng 3-4 ekor, kang aku masukkan entri masak air....ha baru yea!!....
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 keping prata segara jenama KAWAN
1 biji bawang holland saiz sederhana, dicincang
1 biji telur, dipukul sedikit
Garam secukup rasa
Kuah atau sambal tumis sebagai pencicah
Sedikit minyak zaitun (atau minyak masak biasa)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan, masak sekejap roti prata tadi hingga perang pada kedua2 bahagian. Angkat dan ketepikan.
- Dalam non-stick pan yang sama, panaskan sedikit minyak. Masukkan sedikit garam dalam telur dan kacau rata. Tuang dalam pan dan tabur bawang cincang rata. Bila permukaan telur nampak sedikit kental, tepekkan dengan roti prata tadi, tekan2 sedikit.
- Biar masak dengan api kecil 1 - 2 minit. Terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan lipat dua, tekan2 sedikit. Biar sekejap dan boleh dikerat. Hidangkan bersama kuah gulai dan air kopi.........
9 Comments
Assalam CMG...
ReplyDeleteHrmmm apa pun sedap kalau dimasak dengan kasih sayang ...& ikhlas...ye kan CMG!
Salam Mat..
ReplyDeleteAku rasa ko tulis guna yg baru ye? bila guna baru mmg tulisan dia agak lain sikit, tp ko jgn usik2, sbb dia kan sama je mcm yg biasa..hehehehe
Prata 1..!! Jom gi Putrajaya yoookkkkkkkk!
assalamualaikum CMG kk ana sebenarnya silent reader je,kk ana suka penulisan mu yg bersahaja penuh bererti disamping resepi2 nya menarik, walau biasa2 namun bagi org mcm kk ana ni jadi satu inspirasi yg berharga bila dlm kebuntuan idea terima kaseh n teruskan beblog ya........
ReplyDeletePapa Mat..kerana prata ni laa mak mertua sayang kat aii tau..
ReplyDeletetq papa..=)
Ni mesti kena cuba nih! simple tp nmpk sedap..
ReplyDeleteLaaa selalu mkn roti prata kawan tu dgn kuah kari or sardin je...nk try jugaaaak...sure kids teruja waaaah
ReplyDeleteSalam En. Mat,
ReplyDeleteTerlebih dahulu sy mohon maaf kerana menyalah gunakan saluran ini.. Sy nie kire silent follower En. Mat & Kak Min. Nak tanya sikit pasal food science since sy rase En. Mat nie expert dlm bidang masakan... Pada pendapat En. Mat adakah extract Olive Oil boleh mengakibatkan cancer apabila digunakan dlm mengoreng makanan??.. Sy dah try tnya Dr. Google tp x puas hati sbb tak ader pandangan expert... Sy telah membuang saku kuali spaghetti Olio jst disebabkan ada org ckp dia boleh menyebabkan cancer... sangat menyedihkan.. sebab dah penat masak2 tibe2 kena buang... Sorry yer En. Mat tanya kat sini.. tq
Waahh, simple je tp confirm sedap...kena try gak ni...
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeletesaya nak cube resepi ni boley x?
kalu berjaya boley x saya share dekat blog saya? tq