Malam semua, mula2 nak tidur awal sikit, tapi sebab petang tadi mat telah melelapkan mata, maka rasa tak mengantuk lagi. Tadi jalan2 di FB Sue Joshua, ternampak gambar beliau, Sis Linn dan Cikgu Linda (isteri pada Azman Ahmad). Mereka singgah rumah mat tempoh hari. Sebab sebelum tu mereka sudah menghadiri majlis perkahwinan, mat hidangkan yang ringan2 sahaja, ada mi hoon, kueh bingka suji dan karipap, karipap pun bukan mat buat, beli punya. Mereka ni kira dah biasa datang dan bila datang tu, mesti meriah sangat lah, tunggak utama dah pasti Sis Linn, bonda mat turut serta, maka keluarlah cerita2 yang memang tak menghagak punya, sampai Sue gelak berlinangan air mata..kan Sue, pasal cerita bungkus dan baling tu...haha.. Cikgu Linda bertindak sebagai pendengar setia, namun sekali gelak, bergegar teko2 semua...erkk..sori Cikgu. Mereka2 inilah yang menambah kecerian dan warna-warni kehidupan aku sebagai seorang blogger...

Dannn....ha, yang ni semua tau dah, siapa lagi kalau bukan anakanda sulung jiran mat, Ben Ashaari. Comelkan. Muhammad Qhaliff Iman (gambar ihsan dari blog BA), diam2 tak diam dah nak masuk 10 hari usia Qhaliff, nama yang cukup sedap, molek dan sempurna bagi seorang putera yang begitu dinanti2kan, pendek kata bukan pak dan mak dia saja, tapi juga kami blogger2. Mat pun rasa amat2 gembira bila melihat bayi comel ni. Terus lupa dah pada blogger BA, kadang2 orang mesti heran, kenapa lah mat gebu sibuk2...Hmmm, bukan ada niat apa2, cuma turut berasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran seorang lagi umat Nabi Muhammad ke dunia ini. Tak salahkan, lagi pun mat pandang Qhaliff ni macam anak2 buah mat yang lain. Moga Allah swt memberkati kehidupan bayi comel ini. Bila melihat raut wajah mereka2 termasuk bayi comel itu, apa perasaan anda?.. Gembira dan rasa sejuk..kan?.. Begitu jugalah aku......Alhamdulilllah.....