Assalammualaikum, salam Rabu. Malas nak tulis banyak untuk entri kali ini, hari ni nak kongsi gulai ketam dengan rebung. Jangan tanya kenapa asyik masak gulai atau masak lemak, ini semua atas perintah, dan mat gebu hanya menurut sahaja. Rebung yang mat guna jenis rebung buluh betong. Masa nak celur rebung tu kalau dapat guna air kelapa. Air kelapa di sini bukanlah anda kena beli tapi air dari kelapa yang akan digunakan untuk memasak. Seperti biasa kami kalau di kampung2. Kalau nak masak guna kelapa segar, jadi kena belah dan parut (guna mesin), kalau nak kukur, tak kosoo den. Masakkan ni agak typical bagi orang2 melayu kita. Selain ketam, ganti dengan udang juga boleh, kalau takde, ikan pun sedap, guna ikan tenggiri. Yang banyak2 tulang ni bukan tak ok, tapi jenuh nak makan nanti, lagi satu macam kurang selamat untuk anak2... Ok kita lihat resipi, sebelum tu kita lihat dulu entri pilihan DTS di sini. Terima kasih..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ketam bunga (kurang lebih 4 ekor yang bersaiz agak besar)
3 cawan rebung, celur dan toskan
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kuyit hidup
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
20 biji cili padi
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ketam di buang kulit kerasnya. Kerat sedikit kaki2 yang kecil, ketuk bahagian penyepitnya untuk memudahkan isi keluar bila masak nanti. Kerat dua untuk setiap ekor ketam, cuci bersih dan toskan.
- Masukkan ketam ke dalam periuk bersama rebung dan serai titik. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang santan cair, dan biar mendidih. Tambah asam gelugor dan masak sekejap.
- Tuang santan pekat, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau rata dan biar mendidih dengan api sederhana dan kacau selalu. Akhir sekali masukkan dau kunyit, biar sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...
8 Comments
waduh2 enak sekali..huhu..hai en.mat sy blogger bru kat cni...pnh jgk men'try resepi2 en.mat..terutama pau gebu tu..adk ipar sy ske gler..
ReplyDeletelapar terus tengok...huk..lapaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrr
ReplyDeletecik mat,
ReplyDeleteberisi betul nampak ketam tu....terliur betul.....huuuu
assalamualaikum cik mat ....wah sedap nyer lauk ni rebung tu boleh membuat selera terbuka..
ReplyDeleteMat, tu kaki apa yg nampak dlm mangkuk tuuuu...akak sungguh2 nampak kaki jer ada mcm duri2 keras, yg lain akak x nampak laaaa.....nyampasss, hahaha...kejii punya tayangan..
ReplyDeleteketam dia nampak sangat fresh =)
ReplyDeleteCM... menu kita lbh kuang same hr ni! tp CM punyer lg sedap lar... sy wat sup ketam sbb domam (suspect denggi)disyorkan oleh doc suh mkn sup ketam... tp sbb mulut pahit mkn pun xde selera...
ReplyDeleteOooo MG..tak terkata mau dikata jika dapat dihidangkan barang semangkuk depan mata, usahkan nak berkata, silap2 seribu bahasa sambil makan tutup mata..
ReplyDeleteOoo MG, walaupun aku tak makan keladi, tapi takkan ku tolak klu dh rezki, sapa yg taknak memang rugi, sekali makan mesti tambah nasi lagi..
Best x pantun aku..hehehehe