rsz_dsc_0322
Petang semua. Jomm capati pulak. Ini menu sarapan pagi tadi sebenarnya, cuma mat tak sempat nak masukkan dalam blog, jadi mat letak petang. Kira boleh juga untuk minum petang. Biasanya capati kita cicah dengan kuah dhal, bahana ada kuah gulai ketam semalam, kira ok jee lah, ngam juga. Capati satu makanan orang2 India dan telah menjadi sinonim dengan masyarakat Malaysia sekarang ni. Diperbuat dari tepung atta, iaitu sejenis tepung gandum yang kaya dengan protein dan serat. Ia agak kuat dan ringan, oleh demikian doh tepung atta boleh dicanai nipis. Untuk resipi ni mat guna 2 cawan tepung atta. Dan boleh dapat kurang lebih 10 - 12 keping bersaiz sederhana. Ok jomm kita lihat resipi mudah ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung atta
1 cawan air suam*
Garam secukup rasa*(*disatukan dan kacau hingga garam larut)
2 camca besar minyak zaitun (mentega atau minyak sapi cair boleh digunakan)
Kuah dhal atau kari atau apa2 sahaja yang anda fikir sesuai untuk dicIcah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan tepung atta dalam mangkuk, buat lubang ditengah2 tepung tadi. Tuang air suam bergaram sedikit demi sedikit, gaul dengan tepung. Tuang lagi hingga habis dan terus menggaul hingga menjadi doh.
  2. Tambah minyak zaitun dan terus menguli doh hingga tidak melekat di mangkuk adunan. Bahagikan dok pada 10 - 12 bahagian, bulat2kan, letak dalam bekas dan tutup dengan towel lembap dan rehatkan 30 minit (mat tutup mangkuk tadi dengan plastik cling).
  3. Tabur tepung pada meja kerja. Ambil 1 biji doh, leper2kan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, jika melekat tabur tepung masa mencanai (gunakan tepung atta). Letak atas loyang. Canai hingga siap baki doh. Dan tabur tepung sebelum diletak atas doh yang telah dicanai, tujuan untuk mengelakkan ia melekat.
  4. Panaskan non-stick pan (mat guna saiz 10 inci). Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak. Tekan permukaan capati dengan tuala bersih. Bila kelihatan pucat, terbalikkan dan masak sekejap lagi, hingga sedikit perang. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki doh. Tutup dengan towel bersih capati yang telah masak, untuk mengelakkan ia cepat sejuk dan mengeras. Hidangkan bersama kuah dhal atau gulai yang anda gemari....