Ada orang suka bendi...ada orang tak suka..kalau tanya mat gebu, suka ke tak?..Hmm, mat senang, semua ok saja, kalau sayur2an lah, tak de yang aku tolak kecuali jering @ jengkol, kerdas..tau kerdas tu apa?..dia bau macam jering, tapi bentuk kecik sikit. Buah dia seakan bentuk sweet pea tapi besar dan kita makan isi dia. Kalau yang kalah, boleh mabuk, jadi, senang cerita yang tak biasa makan, takpayah leer, selain risiko mabuk, bau dia, masya Allah, Kak Limah pun pengggggsann >__<, busuk gilerrrrr. Erkk, pesal cerita jering dengan kerdas pulak, lari tajuk sudah. Ok, bendi udang kering dengan telur ni, satu masakan simple dan sedap dimakan panas. Masakan mudah dan cepat ini boleh disediakan sekejap sahaja. Tapi yang tak makan bendi, minta maaf yea. Resipi seperti dibawah ini..
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 batang bendi muda
2 biji telur, pukul sedikit
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap manis
Garam secukup rasa (jika perlu)
1/3 cawan air
Hirisan cili merah, untuk hiasan
BAHAN TUMBUK HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Bendi dicuci toskan dan hiris sederhana tebal. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan sos tiram dan cili kisar, tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
- Masukkan kicap manis dan air, kacau rata. Bila pekat, tambah bendi, gaul rata dan biar bendi lembut. Kecilkan api. Telur tadi dituang disekeliling kuali. Biar sekejap dan bila kelihatan kental, gaul rata2.
- Jika perlu tambah sedikit garam, tapi kebiasaannya garam tidak diperlukan. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan cili merah sebelum dihidangkan..
12 Comments
salam...wah sedapnyer bendi...suka..suka...yg penting simple...ley buat besok utk berbuka...konon nak pose so tgh search menu simple yg ada...
ReplyDeleteSalam En. Mat, sedap nampak bendi tu tapi kat London ni payah nak jumpa yang segar, banyak yang dah layu dan hitam, tu yg malas nak masak resipi bendi ni walaupun teringin sangat.
ReplyDeleteJemput singgah dapur saya :
http://dapurmoden.blogspot.com
Salam Che Mat,
ReplyDeleteNampak sedap... sy suka bendi, klau buat masak asam pedas lg sedap... Resepi ni menarik.. nnt nak cubalah :)
mas suka sangat bendi masak gini..
ReplyDeletesedapppnya tengok..
bendi variety msknya tak banyak
ReplyDeletetapi dengan che mat semua jadik!
menjemput che mat dan semua
ke Langkawi Blaque Villa homestay saya yang dirasmi pembukaannya thn ni, jom singgah che mat ye...
Salam Mat...
ReplyDeleteLama benar tak singgah sini, maklum le sibuk di Gua hahahaha (batu caves) :p
Hrni aku nak masak lemak petola ko tu...idea dah blank dah ni nak masak apa..huhuhu
Bendi...memang fav akak...masak2 cam gini lagila bestnya...:)
ReplyDeletewah,Mazz tak sangka dpt jupe gak blog mat gebu...selama ni duk tgk resepi kt myresepi tu jer...suke3!
ReplyDeletewww.hatimamaz.blogspot.com
salam mat, teringin nk buat dim sum...mat pernah buat x? kalo penah bole kongsi dgn sy?
ReplyDeletetrus rasa hari jumaat ni nak p bli bendi kat pasar minggu. sana ,murah. satu plastik beso. rm1
ReplyDeletesayur kegemaranku...nyum2.nak cuba resipe cik mat pula nnt.
ReplyDeleteEn Mat, saya pun selalu buat resepi ini tapi saya tak gunakan bendi. Saya gunakan kacang botol. Kacang botol kan kalo dah tua tu dah tak sedap dibuat ulam. So, potong2 goreng. Sedap.
ReplyDelete