MASAK LEMAK PETOLA MANIS.

rsz_dsc_6463
Menu2 ringkas memang dah tak asing lagi dengan DTD-MAT GEBU. Macam entri kali ni, memang ringkas tapi cukup dengan dengan sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng serta nasi putih panas2....boleh topup nasi lagi lepas tu..seriuss. Sekarang ni macam musim sayur2an pulak dah, tapi rezeki kan. Tadi ada sedara mat kasi sayur bayam, banyak juga, jadi esok, kita makan sayur bayam pulak, kalau bayam merah boleh juga masak lemak raja bersiong, tapi ni bayam hijau biasa tu...erkk lemak lagi..ohh tidak2..cannot!!. Sayur petola manis mat campur dengan cendawan, kalau takde cendawan macam dalam gambar tu, guna cendawan tiram pun boleh. Ini sekadar variasi sahaja, kalau anda nak masak tumis air pun boleh, ikut selera masing2.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
1 paket cendawan (cendawam tiram pun ok)
1 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
1400 ml santan cair
300 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, dititik
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Petola dikupas kulitnya, cuci dan kerat serong. Cendawan tiram kalau besar, dikerat dua, cuci dan toskan. Kalau guna cendawan macam dalam gambar tu, kerat pangkalnya dan leraikan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, udang kering dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan petola dan kacau. Masak sekejap. Masukkan soo hoon (toskan) dan serbuk lada hitam. Kacau rata dan biar mendidih perlahan.
  3. Tambah cendawan, hirisan cili merah dan pati santan. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng.

Post a Comment

3 Comments

  1. alololo chumilnye cendawan tu papa..

    ReplyDelete
  2. tengah fikir dalam banyak2 resepi Mat Gebu yang menarik, apa yang saya akan masak... hahaha..lagi simple ada? *lempangkanjebudakni*

    ReplyDelete
  3. cendawan tu nama dia apa cik mat?comelnyer rupa dia.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.