MI KARI BERSERAI..

rsz_dsc_5034
Salam semua....masih mood bercuti tahun baru cina yea. Ok takpe, penuhi cuti anda dengan sebaik mungkin. Yang penting jaga diri dan berhati2 di jalan raya. Mat dari tu hari nak makan mi kari, jadi petang tadi mat merajinkan diri buat juga mi kari, tapi yang jenis sempoi sangat, dan mat guna susu sebagai ganti santan. Tapi rasa dia kalau nak sedap memang lah kena guna santan baru lah genuine. Mat rasa mi kari yang ini takde lah lengkap sangat, cuma setakat guna apa bahan yang ada dalam stok. Kalau ada tauhu pok, lagi sedap. Tauhu pok sejenis tauhu yang siap bergoreng, ia berongga dan kalau tak silap mat teknik membuat tauhu pok ini sedikit berbeza dari taukwa. Ia memang sesuai kalau kita letak dalam kuah mi kari, kerana ruang berongga dalam tauhu tadi akan meresap kuah kari dan bila kita makan...hmmm terasa lah kenikmatannya..aduh meleleh air liur teman...

rsz_dsc_5023
Kalau perhatikan gambar atas ni, tu saja lah bahan2 pelengkapnya, oppss, terlupa bawang goreng nak boh sekali, tapi anda nampak dah kan mat tabur bawang goreng dalam gambar mi kari satu lagi tu. Hmm, kalau nak letal taugeh pun ok, kerang rebus ke, atau pun daging rebus. Tapi dalam kuah kari tu mat ada letak ayam sebagai penambah rasa. Oh yea, satu lagi mat tambah 2 batang serai, bukan dititik, tapi dikisar sekali dengan bahan2 rempah dia. Kalau ada fucuk atau tauhu kering pun anda boleh masukkan bagi kuah mi kari tadi nampak ber"isi". Ok sebelum mat tulis resipi, kita lihat entri pilihan DTS kali ini ---> di sini.. Terima kasih...

BAHAN-BAHAN KUAH MI KARI :-)
400 gram ayam, potong kecil, cuci dan toskan
1/2 camca besar sos tomato
1 camca besar sos cili
2 1/2 camca besar rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
3 biji bawang merah, hiris*
2 ulas bawang putih, hiris*
2 tangkai daun kari, dilurut*(*bahan tumis)
3/4 cawan susu sejat IDEAL (kalau anda nak guna santan pun ok, guna 1 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
4 tangkai cili merah
3 biji buah keras
1/2 inci lengkuas
3/4 inci halia
2 batang serai, hiris halus
1 biji tomato

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning secukupnya, cuci dan celur sekejap toskan
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan
Udang saiz sederhana, buang kulit, cuci dan celur, toskan
Telur rebus, dibelah 2
Hirisan cili merah dan hijau
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Belahan limau kasturi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH MI KARI :- Bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum. Masukkan rempah kari + bahan kisar halus tadi. Tumis dengan api perlahan hingga rempah garing. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut. Tuang air secukupnya (mat guna air untuk mencelur sayur dan udang tadi). Kacau dan biar mendidih. Tambah kiub ayam (jika guna). Bila ayam empuk, masukkan santan, kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana, rasa dan jika ok boleh matikan api (kalau guna susu sejat, masukkan akhir dan didihkan sekejap sahaja dengan api kecil, ini mengelakkan susu dari berbintil2). Ketepikan sebentar.
  2. UNTUK MI KARI BERSERAI :- Isi kuantiti secukupnya mi kuning dalam mangkuk sesuai, tuang kuah kari bersama isi ayam, kemudian hias dengan udang dan sawi celur, telur rebus, hirisan cili merah dan hijau, daun bawang, bawang goreng dan juga belahan limau kasturi sebelum dihidangkan. Sedap dimakan panas..

CATATAN MAT GEBU :- Jika guna tauhu pok, anda masukkan sekali dalam kuah kari. Mat tambah air yang digunakan untuk mencelur sayur dan udang, pastikan anda celur sayur dahulu, kemudian baru celur udang. Gunakan air tadi ke dalam kuah mi kari. Jika ingin lebih lemak, anda boleh lebihkan santan. Anggaran air yang mat guna kurang lebih 1500 liter termasuk dengan air rebusan. Selamat mencuba...

Post a Comment

10 Comments

  1. sedap~ along usop pun suka makan ni rasanya..dulu pi umah dia, mak dia masakkan..heee

    ReplyDelete
  2. udangnye menggoda

    nk request mi kari bile dtg uma pcm nnti

    ReplyDelete
  3. esok ayu nak pi HSA, en zalie ada rawatan.. nak cari mee rebus restoran ZZ..

    dah terliur lihat mee rebus cik mat..

    ReplyDelete
  4. best nye..gambo pun cantik apetah lagi rasa nya..mesti sedapp :)

    ReplyDelete
  5. dlam minggu lepas..dah 2 kali mkan mee kari..huhuhu...yg nih mcam sedappp...boleh try nih...

    ReplyDelete
  6. Mee curry my feberet!kene cuba masak nie!(^_^)

    ReplyDelete
  7. pinggan CMG buat makanan seme nampak sedapppp :)

    ReplyDelete
  8. AH Abg CMG.. boleh tak nak tanya.. sy baru jadi stokis untuk rempah kari Chef Norman Musa, Chef kelahiran Malaysia yang memiliki Ning restaurant di Manchester UK and actively promoting Malaysian food and cuisine internationally..kalau abg CMG sudi, sy nak poskan sample 1rempah kari tu..Nak tahu pendapat abg CMG ada tak beza antara rempah2 kari yang abang CMG DAH PERNAH/ BIASA GUNA dalam masakan.. thanks..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.