BUAT KEK MUDAH DAN CEPAT..

rsz_dsc_4958
Assalammualaikum, salam semua. Anda semua sehat?.. Mat ok sikit dah, cuma sakit tekak, tapi suara tetap ada, cuma masih ada rasa panas sikit dalam leher. Bila kurang sihat bukan saja mood berblog takde, nak masak pun malas, serius, bukan tu saja, lalu kat dapur pun macam nak tak nak saja. Tapi tu lah, dah itu tanggungjawab, suka tak suka kena buat...Bila kita membuat satu2 pekerjaan itu terlalu kerap, maka sampai satu masa dan ketika akan ada rasa jemu dan bosan tahap 100!!!. Lagi2 bila keadaan diri kurang mengizinkan. Pada Sunah, pcm minta maaf sangat2 yea pasal semalam.. bukan niat pcm nak menolak kehadiran Sunah dan rakan2...huhu....

rsz_dsc_4994
Hari ni mat nak share satu resipi kek mudah. Sejak2 ni mat selalu buat kek guna tepung Optima atau Spongemix.. Bukan apa kalau kita dalam keadaan yang memerlukan sesuatu yang cepat, mat sarankan anda simpan tepung instant macam ni kat rumah, jadi tak perlu ambik masak lama, tapi apa yang penting, anda mesti ada cake mixer, tak kesah lah handmixer atau standmixer, janji boleh memutar kek. Dan anda boleh pelbagaikan perisan ikut apa yang anda suka, nak buat kek gulung pun boleh dengan resipi ni. Walaupun resipi ini, anda boleh cari kat entri2 lepas, tapi mat rajin sangat hari ni, jadi tulis jugak...Jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung optima @ spongemix
3 biji telur gred A
50 gm mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh strawberry paste + 2-3 titik pewarna merah
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, sediakan acuan bund berlubang tengah, atau ikut acuan yang anda suka, lenser acuan dengan mentega dan tabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung tadi. Jika guna acuan bulat atau 4 segi, alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan..
  2. Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung optima, telur dan susu, kacau rata. Kemudian, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat, kurang lebih 8 - 9 minit. Tuang mentega cair dan kaup dengan spatula hingga sebati.
  3. Bagi adunan pada 3 bahagian, satu letak perasa vanilla, satu lagi strawberry emuclo + pewarna merah dan satu lagi dengan pandan paste. Kacau rata. Tuang dalam tin kek secara berselang seli warnanya hingga habis. Lorekkan sedikit dan bakar 40 minit atau hingga masak. Keluarkan dari tin dan sejukkan atas jaringan. Boleh hias ikut kreativiti anda.. Selamat mencuba..

Post a Comment

14 Comments

  1. Saya ni mmg pantang dengar benda yang mudah dan cepat ni mat..
    laju je..

    ReplyDelete
  2. CMG : sy dah cuba Kek Marble Trio CMG. Alhamdulillah jadi. Anak-anak pun suka. Memang gebu! hehe

    ReplyDelete
  3. salam,

    wah, dlm tak sihat2 tu tetapppp kan, heheheh... mg cpt sembuh...

    ReplyDelete
  4. nmpak lembut je kek ni..ske lah :)

    ReplyDelete
  5. macam kek marble kan?pelangi pun..tapi mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  6. moga cmg cepat sembuh.. blogger azian minta no hp cmg, dia dh kesana kah??

    ReplyDelete
  7. Cepat & mudah? Inilah yg paling sy suka.
    Thanks cik Mat.

    ReplyDelete
  8. Eh nak buatlah, tpg optima ada lebih lagi rasanya....yep, kita suka yg cepat dan mudah....tqqqq adinda Mat...hehe

    ReplyDelete
  9. Belum makan lagi dah tau sedap.Mat, beri resipi kuih kacau keledek Johor, boleh?

    ReplyDelete
  10. Bestnyer..nak cube laah

    ReplyDelete
  11. as slm che mat..resepi che mat ni sy da cuba lebih 10 kali dah kot..hihi..terlajak senang nyer..haha..sampaikan rainbow kek yg berlapis2 tu pun sy pakai resepi che mat ni..ank dara sy suka sgt..da 2 kali sy wat befday kek bertemakan rainbow kek berlapis tu pakai resepi ni.tq byk2 che mat sudi kongsi resepi.tepung spongemix mmg x pernah putus dlm stok sy..hihi..

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.