SUSAH RUPANYA BERBLOG NI....HMMM....

Salam....dah nak tidur ke..hmm mat nak lena juga ni tapi nak tulis sikit lah pasal arena blogging Malaysia ni. Bagi blogger2 baru bertapak pelbagai usaha dilakukan untuk meletak nama2 blog mereka agar dikenali ramai. Segelintir bila dah ada nama mula berpaling tadah, mula berani mengeluarkan kenyataan bersifat talam dua muka. Entahlah itu mungkin memang dah sikap orang melayu kita. Dari dunia realiti hingga ke alam "bunian" ini sama saja. Bila kita berblog, satu harus ada, keyakinan diri...aku tau, aku bukan lah blogger yang layak berbicara begini, risiko aku sebagai blogger masak2 memang kurang berbanding blogger personal...itu memang aku mengaku...tapi, aku pun tak lepas dari kata2 yang kurang sedap, sindiran dan sebagainya...

Bila kita melihat satu2 blogger yang boleh dikatakan berada di tahap selesa, sebenarnya mereka menempuhi pelbagai rintangan, sama seperti anda yang baru berblog. Kalau ada yang naik pantas, itu sudah rezeki mereka. Kita kena terima kenyataan dan rezeki ni bukan kerja kita, Allah kalau nak bagi rezeki, nko baru berblog seminggu pun boleh meletop, tapi kalau belum masanya, 3-4 tahun berblog pun masih macam tu, walaupun usaha berlipat ganda telah kita lakukan, tapi Allah tu maha adil, lambat laun pasti ada ganjarannya. Aku sendiri walaupun nampak lama, tapi masih berada di tahap sederhana..serius nihh!!

Anda sebagai blogger, sudah pasti ada macam2 idea untuk menaikkan nama blog sendiri dan dalam masa yang sama dapat membantu blogger2 baru, cuma risikonya tetap ada. Kita sebagai blogger sering dipantau sebenarnnya oleh blogger lain. Mereka mengikuti perkembangan kita dalam diam, mula2 mereka akan rasa ok dengan tindak tanduk kita, lama2 kelamaan bila ramai yang memberi sokongan, maka akan ada lah isu2 panas sebagai bahan bakar untuk menyemarakkan api kebencian.....dan dalam masa sama muncul lah komen2 yang tak sedap di dengar, walhal dulu, mereka lah yang memberi kata2 pujian yang melambung macam tak de akhirnya di blog kita...hmm susah sebenarnya berblog ini, sebab tak boleh nak puaskan hati semua pihak dan pekara elok yang kita buat, tetap ada tercalit arang kebencian pada mereka...dah sikap manusia.....mungkin sampai kiamat agaknya....wallahhualam...

Post a Comment

31 Comments

  1. Indeed...betoi kata bro..makin lama berblog,pelbagai yang nampak...tak mudah kan?

    ReplyDelete
  2. @ eyrigazz - huhu...memang betul..apa2 pun kena terima saja lah..

    ReplyDelete
  3. itu adab dalam berblog la hehe..!
    kalau yg baru menceburi blogging ni dlm masa 1minggu dah popular maybe dlm masa 7 hari tu dia blogwalking semaksima yg mungkin.

    ReplyDelete
  4. Marilah kita berblog dgn enjoy!!! Jgn tensen2... hehe.

    ReplyDelete
  5. CMG

    agak2lah kalau buat kajian berapa ramai yg ikhlas berbanding yg bertalam byk muka?

    ReplyDelete
  6. tetiba rasa terharu dgn usaha senirik

    ReplyDelete
  7. untungla org bole bthan lama berblog ni..respek!!;))

    ReplyDelete
  8. saya berblog dan blogwalking ikhlas........tiada paksaan hanya kerana minat dan kecintaan dalam bidang penulisan sahaja....ihihi skema la pulak ayat nih....abg mat esok buat entry resipi special utk raya aji ek....nak kumpul tenaga memasak sbb cuti yang agk pnjg...wheeeee :)

    ReplyDelete
  9. lahir dr kate hati ke? sedih je ayat.

    tapi tula. manusia. baik mcm ne ade kelemahan mereka jugak.

    jgn dicaci untuk memuaskan hati sendiri.

    kite hidup mcm roda. KARMA. kan?

    ReplyDelete
  10. Salam DTS CMG, sebenarnya tidak susah jika tujuan kita tidak ber- harapan mengharap ke-atas apa sahaja terhadap nama/status, contohnya seperti Ratna ber-blogging kerana di-atas pintaan Ratu-Ratu di-zaman persekolahan dahulu,sehingga sekarang (blog Ratna akan genap satu tahun pada hujung tahun ini) tiada seorang yang sudi memberi apa sahaja komentar, namun Ratna terus kan juga demi ada ditanah-air para kenalan bloggers yang maha ikhlas dan tidak bermuka-muka, panjang-kata Ratna menerima prestasi Ratna dengan se-adanya, Syukran!

    Salam sejahtera.

    ReplyDelete
  11. terharu dan tersentap.

    thanks bagi ingat. :D

    ReplyDelete
  12. selamat pagi en mat..
    sentiasa tabik dan sentiasa beringat dalam dunia blogger..
    apa2 pun ayu mmg sayangkan DTS

    ReplyDelete
  13. Salam. Apa yang penting di sini ialah kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat walaupun di dunia maya. Memang kita tak akan dapat memuaskan hati semua orang.

    Moga En. Mat tidak patah semangat kerana masih ramai yg memerlukan ilmu dan bantuan terutama hal2 memasak dari blog DTS ni.

    ReplyDelete
  14. dah namo ae manusia, cik mat. gituler. tp kalo dh 'overboard', mmg kener ajo kots...huhuuhhuuh

    ReplyDelete
  15. Aku dah mula terasa tempiasnya bila ada yg ckp2 belakang dn sindir sinis dlm entry mereka...huh! ada aku kesah...

    tp klu babitkan aku dgn certain2 yg lain sbb nak glamer..ohh plessss laa, aku senang je jawab, mmg kwn2 aku semua nyaa glamerr..so what????

    susahhhh...sabarrrrr

    ReplyDelete
  16. Kakcik setiap hari masuk ke sini, cuma tak selalu tinggalkan jejak. :)

    Kakcik berblog ikut mood kakcik je - kalau nak fikirkan apa yang orang kata, mahu pendek nyawa dibuatnya...hehehe...

    ReplyDelete
  17. Ahahaha..

    PCM.. kite ni sebenarnye yg tak sedar,
    wlaupun kadangkala entry kita sunyi dengan komen, tp tetap ada pembaca yg menununggu entry baru.

    along pon baru tau bende ni sebab tak sambung2 lagi entry pasal ilang dompet kat ulu yam baru ni.. :P

    n dah adde yg dok tanye pasal entry pantun2 seloka dah.. gugugu...

    terharu.. wuaaaa... sayang korangg!! muahh!!

    ReplyDelete
  18. susah juga ya..sy ni kira 'budak baru' dalam bab2 blog ni.huhu..usaha mulakan blog ni sebab ramai kwn2 dan saudara mintak resepi.Sblm ni puas jgk tiap kali diorg mintak resepi,dok send email..lepas sorg2..lama2 penat jugak.Buat masa ni,kwn2 je yg jengah blog sy..komen dari org luar takde lg..hihi tak macam en. mat gebu..rating tinggi koleksi resepi pun byk..:)

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Salam Mat...apa yg penting kerjaaaa samaaaa...kan, kan... No dengkisss, no khianat, no mami jarum...no no no...baru lah amaaannnn... Hidup saling bergantungan walau di mana kita berada, sepandai2 kita, ada masa kita akan mintak tolong org lain jugak kan...manusia bukan sempurna sifatnya.... Eemmm sabar je la Mat... :)

    ReplyDelete
  21. Salam bro. Orang ber-blogging ni atas berbeza2 tujuan. Ada yg mmg nak cari income, ada yg nak cari glamer and ada tu pulak hanya sebagai online journal (saya la ni). Jadi kalau takde org dtg pun takper... kite tulis cuma untuk simpanan sendiri. Syok jugak sekali sekala patah balik ke tahun 2005 baca entry yg dulu2. Tak yah nak selongkar2 kotak dengan habuk bagai... kan kan?

    ReplyDelete
  22. Dengki....khianat....fitnah...memang itu lumrah manusia, baik di alam maya dan juga juga dunia...

    ReplyDelete
  23. HUrmmm betul tu PCM, biler orang dah tahu pasal blog kita, baru kita tahu payah rupanya kerjaya blogger nie... kita mesti ada idea untuk menulis diblog.. IEB akui, sejak 2 menjak nie agak kurang IEB berblog... ada kawan-kawan rapat yang bertanya... Satu penyebab adalah masa yang menghalang IEB juga connection internet... disebabkan masalah ini mood juga cam lari sikit untuk berblog...

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah....saya selesa naik perlahan-lahan...dengan bantuan dan sokongan semua, terima kasih saya ucapkan...

    ReplyDelete
  25. Betul tu..masa adalah salah satu faktor jugak yg membuatkan ianya susah..

    ReplyDelete
  26. biasalah tu cik mat..
    selagi namanya maknusia..

    cth: dulu sy selalu nampak budak pompuan ni jd pengkomen no satu cik mat...selalu dok tyg2 muka kat blog cik mat..
    lar ni dah glemer..dah berbulan sy tak nmpak lg dia dok komen2 kat blog cik mat..huhu

    sy ni pulak dok admire kat cik mat, lgsung cik mat dak folo..uwaaa

    (jgn marah noo...cek gurau2 sblm raya)..heee

    ReplyDelete
  27. ada juga jenis manusia yg tak boleh tengok org lain SENANG, BERJAYA waima BANYAK PEMINAT pun...walaupun kita tidak KAYA...

    ReplyDelete
  28. sokong semua kate2 PCM tu....buat ape kite lpe drtn kalau dh berjaya nty..bkn ada untung pun..hurrmmmm...

    ReplyDelete
  29. aku bukanlah nak mengampu.. tapi bagi aku DTS naik dengan usaha sendiri dan kerana bakat genuine..

    bukan numpang...dan bukan guna shortcut....

    semoga kau tak jemu mat.

    ReplyDelete
  30. sabor jer la abg mat...mane2 pon memang ade lalat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.