SUP AYAM PENYEGAR BADAN...

rsz_dsc_5670
Selamat pagi Jumaat semua. Insya Allah Ahad nanti kita akan menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Masa berlalu pantas, tak lama lagi dah sampai penghujung tahun 2011, dan akan muncul 2012, tahun yang penuh misteri dan tanda tanya seperti yang diwar2kan oleh banyak pihak. hmm, ntahlah apa pun ketentuan Allah swt telah tetapkan, kita perlu redha. Pagi ni mat nak nak share resipi yang kerap juga ada di DTS. Mat buat sup ayam, tapi buat petang semalam untuk bonda berbuka, cuma mat sempat letak pagi ini...harap maklum yea. Bila kita buat sup seperti ini, ia boleh dikatakan hidangan versatile, jika ada nasi impit, anda boleh makan degannya, kalau nak makan dengan mi, mi hoon pun ok, pasta pun ok, pedek kata dengan apa sajalah yang sesuai, lepas tu boleh hidangkan dengan ini sebagai pembilas tekak...hehe.. Oh yea nak kongsi satu entri menarik bagi blogger, tak kira apa aliran anda sekali pun di sini.... Masa resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, berat kurang lebih 1.5 kg
6 biji kentang, kupas, potong 4 setiap satu dan rendam
1 pokok daun sup, kerat kasar
2 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (optional)
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar saiz sederhana
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 camca besar ketumbar biji
3/4 camca teh jintan kasar
3/4 camca teh jintan halus
1 camca besar lada hitam
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga

BAHAN LAIN :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng, hiris
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata. Biar ayam kecut sedikit.
  2. Tuang air secukupnya, kacau rata. Masukkan daun sup, dan bawang goreng serta kiub ayam (jika guna), biar mendidih dan biar pada api sederhana. Bila ayam 3/4 empuk, masukkan kentang dan bila kentang empuk tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan sup dan tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan bahan lain. Nikmati sup ayam bersama mi atau dimakan begitu sahaja...

Post a Comment

13 Comments

  1. @ jiji - pcm masak ni je raya nanti..senang..

    ReplyDelete
  2. Ini klu celur mee hoon makan dgn sup panas2 mcm ni pun sedappppp... yummmm

    ReplyDelete
  3. mmm..sedapnya! sup2 macam ni mmg favourite hubby dan anak2 :)

    ReplyDelete
  4. cuaca sejuk2 nan redup2 ni memang sesuai makan sup,lapar pulak tengok sup abang mat ni..nyum..nyumm

    ReplyDelete
  5. MUSIM2 UJAN NI MEMANG SEDAP HIRUP SUP PANAS.. BUH SAMBAL KICAP SKET.. MABELES...

    ReplyDelete
  6. sedapnya.... huhuhu

    ReplyDelete
  7. kalau hirup sup ni panas2 di kala hujan turun mesti sedap kan...bestnya
    salam aidil adha....moga bergembira bersama keluarga

    ReplyDelete
  8. jeles nyer ngn chemat neh!
    wat sup pon mampu ganggu gugat jiwa lara! hehehehe

    ReplyDelete
  9. bt sup ngn ayam kg atau ayam pencen la yg terbaik...
    sedap lain mcm

    ReplyDelete
  10. Besssssstttt... segar bdn makn sup panas2 musim ujan ni.

    ReplyDelete
  11. Suka sup ayam tu . Dan suka juga pada pinggannya. Cantik :-)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.