rsz_dsc_6993
Salam malam semua...entri terakhir malam ni nak share masakan kampung..Bukan Kampung Sedenak, tapi mana2 kampung pun mesti ada masakan ni. Plan tak mo masak nangka ni hari, tapi ALP dah perintah, dah aku ni kan bibik termulia, jadi ikut je lah, bantah2 kang keistimewaan kena sekat...dah tak boleh nak berblog bagai. Nangka muda selain masak lemak putih, kalau direbus dan makan dengan air asam atau budu, perghh..meleleh juga. Sedap kalau dimasak kari pekat sama daging atau buat rendang, tapi kata bonda nangka untuk masak rendang kena pilih yang lagu muda...jenis temabal kata orang. Selalunya nangka masak lemak putih rencahnya udang kering, tapi ada juga yang suka letak ikan bilis. Serai dan daun kunyit jangan dilupa sebagai penambah aroma. Satu lagi, santan kelapa kenalah yang segar baru terangkat. Sambal belacan, ikan masin/ikan goreng jangan lupa, kalau takde tu, macam tak ngam....pstt ada satu yang perlu mat war-war kan, seperti bawah....

Mat sebagai blogger rasa terpanggil untuk selitkan bantuan ini dalam blog. Bila kita hendak menyumbang, biar lah ikhlas, walaupun hak ke ikhlasan tu mutlak milik Allah swt, apa salahnya kita berusaha ke arah itu. Mat tak paksa cuma mat war2 kan sahaja...jika anda ingin tau lebih lanjut boleh klik sini....Terima kasih atas kesudian anda semua, dan anggaplah apa yang kita buat ini ibarat menanam pohon yang hasilnya akan kita kutip dikemudian hari...Insya Allah....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram nangka muda, kupas, potong kecil dan celur sekejap, toskan
1500 ml santan cair
500 ml pati santan
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris halus
5 ulas bawang putih, diketuk
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan nangka, serai, hirisan bawang besar, bawang putih, lada hitam dan udang kering ke dalam periuk, gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih dan nangka empuk.
  2. Tuang santan pekat, perasakan dengan garam secukup rasa dan tambah sedikit gula. Akhir sekali masukkan daun kunyit, masak dengan api sederhana. Kacau perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...pergh bak kata teman FB mat Puan Monaliza Mohammad Diah, masakan ni kategori lauk 'jahat', sebab kena tambah nasi sepinggan lagi...hahaha..pitamm >__<