rsz_dsc_6984
Salam petang Jumaat...hujan kat sini, cuaca agak dingin. Kali ni mat share satu resipi yang pasti dah biasa anda dengar dan lihat. Teringat bonda sering cerita pasal uwan Peah nya masak kicap, dia kata sedap lah, kicap dia melekat kat daging lah dan paling yang tak bley tahan punya ayat, bonda kata zaman dulu nya kicap tak sama macam sekarang..haha, ada kebarangkalian juga kan. Tadi saja lah konon2 masak style uwan Peah...Bila sebut "uwan" tu mesti ada yang tertanya2. Kalau orang Negeri Sembilan sah2 tau.."uwan" tu gelaran untuk "nenek", macam orang Johor kan ada panggil nenek mereka "Mak Tok" dan belah Perak panggil "Opah". Memandangkan daging korban masih ada, mat ambik dalam 500 gram daging batang pinang dan cuba lah masak gaya uwan Peah...Bonda kata ada lah persamaan mungkin dalam 80%....erkk..tatau nak kata apa dah, mungkin ada benar sebab dulu2nya bahan lagi sedap. Takpe lah janji masih ada kesamaan, ke atau aku dehaka selalu tu yang kurang keasliannya..hmmmm....kita semak resipi pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram daging batang pinang, hiris nipis dan cuci, toskan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau hiris
3 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap manis
3-4 titik minyak bijan
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 camca teh cuka makan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul daging tadi bersama serbuk lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan minyak bijan hingga rata dan perap 2 jam. Simpan dalam peti sejuk.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, hirisan bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan daging yang diperap tadi bersama bahan2 perapan. Gaul rata dan masak hingga daging kecut. Masukkan leek (toskan) dan kacau rata.
  3. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk, jika ingin berkuah, tambah sedikit air. Masukan hirisan bawang, cuka makan, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.