rsz_dsc_5894
Assalammualaikum, selamat petang semua. Petang ni share resipi kacang Phool, dah selalu juga mat buat, cuma yang ni mat guna resipi dari blog Puan Azlita. Antara blogger masak2 yang pada mat selain ada sentuhan "emas", juga tidak lokek ilmu. Sebenarnya mat bila dia berkongsi ilmu terutama tips fotografi, mat memang tunggu2. Seronok dan rasa berterima kasih sebab beliau sudi berkongsi ilmu. Kalau anda tak percaya cuba lihat entri ini...dan nilaikan sendiri, adakah ia berguna atau tidak. Sempena raya korban ni, kan dapat daging, jadi mat tergerak hati nak mencuba resipi kacang phool dari blog beliau..dan hmm sedap okeh, cuma mat guna apa yang ada kat rumah, resipi asal guna margarine planta, tapi mat guna minyak sapi (kes habis stok margarine). Sedap dimakan bersama roti perancis atau roti pita, dan boleh juga dengan roti canai...nak makan dengan biskut krim kraker pun sedap. Rasanya kacang phool ni femes di Johor dan Singapura, dan asalnya orang2 Arab yang gemar menikmatinya...ok mat tulis resipi dia, sebelum tu cer tengok yang ini kejap...dah?..terima kasih, ada yang berminat?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin kacang parang atau "Medammas Foul Kimball"
1 kg daging kisar (mat guna 500 gram saja)
1 kg bawang merah (mat guna 15 biji ), kisar halus
2 labu bawang putih (mat letak 4 ulas), kisar halua
1 camca teh jintan manis*
1 camca teh jintan putih*
1 camca teh ketumbar*(*disangai dan kisar halus)
1 inci halia, kisar halus
1 cawan air
Margarine atau minyak sapi (ghee) untuk menumis

BAHAN SAMPINGAN :-)
Lada hijau/merah hiris
Bawang besar didadu
Telur mata lembu
Tomato didadu (mat tambah)
Limau kasturi, dibelah 2 (resipi asal guna limau nipis)
Sedikit minyak sapi cair (resipi asal tak letak)
Roti, dibakar dengan sedikit planta

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dan tambah sedikit margarine (atau minyak sapi). Masukkan bahan kisar dan tumis hingga harum. Tambah daging kisar dan masak hingga empuk, jika perlu tambah sedikit air.
  2. Masukkan kacang parang, tuang baki air dan renih hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan dengan meletak sekeping telur mata lembut dan bahan2 lain, curah sedikit minyak sapi cair, perahkan jus limau kasturi (atau limau nipis) dan hidangkan bersama roti bakar tadi.