rsz_dsc_3162
Salam malam, hmm, lapar lah, tekak ni kan kan payau, makan jeruk2 je yang sedap. Esok ingat nak buat sambal sardine lah. Tapi malam ni mat macam tersedap pulak makan bubur kacang durian dengan roti baton adik kepada roti perancis. Ehh ada durian pada masa tak musim durian?,,hmm mushkil nih. Sebenarnya durian tu kami frozenkan. Bila dapat durian, kupas dan terus masukkan dalam bekas bersih dan kering, serta merta simpan dalam freezer, insya Allah rasanya dan baunya masih sempurna. Walaupun ini entri sempoi dari blogger masak2 cikai, tapi pada mat ianya bermakna. Tapi kan kalau mat silap kata bubur kacang ni makanan nostalgia orang melayu, sila perbetulkan dengan cara berhemah, jangan lah maki kata "cibai" macam kes lempeng kelapa yang dulu tu...just use your brain okehh....bak kata Phu Chu Kang. Rasa mat tak payah kot letak resipi...boleh?..erkk kena letak ke, tapi ni semua orang tau bikin kan?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
1 liter santan
1/2 cawan gula merah*
3/4 cawan gula pasir*
2 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
1 biji durian, ambik isinya (anggaran 10 ulas)
1 helai daun pandan, disimpul
1/2 camca teh garam
Gula pasir secukup rasa (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus kacang hijau hingga kembang (air dia anda agak2). Masukkan air gula, daun pandan dan durian, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Tuang santan, tambah garam. Kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika kurang manis, tambah gula pasir secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api.
  3. Hidangkan bersama roti atau biskut cream cracker dan bersama air teh tawar (tu mat lah yang minum, sebab bubur dah manis, jadi air teh biar tawar...)