KONTROVERSI "BESAR" DTS!!....ANDA LIHAT SENDIRI..

YANG MENCURI GAMBAR DARI BLOG DTS-MAT GEBU SEDIKIT MASA DAHULU...

Sambal Tempoyak Masak
YANG AKU PUNYA DARI BLOG DTS.....TAKPE ALLAH MAHA ADIL, SINI TAK LEPAS, KITA JUMPA DI AKHIRAT KELAK......SEE YOU THERE!!!.....SALAM SAYANG DARI DTS-MAT GEBU UNTUK SEMUA PENGUNJUNG....ASSALAMMUALAIKUM...

Post a Comment

100 Comments

  1. Betul2 berani ini olang arrrr..
    Ko mana dpt Mat gambo tu? ada jual kat sini ke? rasanya utk mcm exsport je tu...

    ReplyDelete
  2. wah.. makin menjadi-jadi dorang ni sekarang ye.. siannya cik Mat.. moga2 cik Mat makin tabah hadapi cabaran & dugaan macam gini...

    ReplyDelete
  3. hadoi....kenapalah diorg takleh buat sendiri benda2 mcm tu...

    ReplyDelete
  4. ni namanya pemalas nak buat sendiri, amek gambar sendiri...no commercial value...

    ReplyDelete
  5. Sy cadangkan CMG letakkan watermark kat tempat strategik pd gambar2 CMG. Walaupun gambar nampak tak cantik tp boleh melindungi hasil karya kita.

    ReplyDelete
  6. itulah che mat..each time awak diam. dia orang dah pijak kepala. kalau ada lawyer dalam friend list awak, patut tolong awak!!!!!
    dulu kjee pernah ada orang curi skrip tele Kjee. tetiba satu hari (kjee dah lupa pasal skrip tu), ada seorang pelakon telefon kata anak dia sedang berlakon skrip kjee. kjee pelik tanya skrip apa. apabila dia kata sesekian tajuk, baru Kjee teringat. terus kjee call produser tu dan ugut! kalau tak bagi duit dalam sekian2 masa, kjee akan dapatkan court injuction stop drama itu dari terus shooting. pucat dia datang menyembah!
    kes CMG ni sikit lebih kurang. kan hari tu Kjee jumpa awak, kjee dah kata. sampai bila dek non!!!

    ReplyDelete
  7. Siannya ko Mat... asik kena cilok je gambo lawa2 tu... derang ni semua nak keja senang... camner la nak sokong IKS kalau cam ni le gayanya!

    ReplyDelete
  8. salam che mat ..lebih baik ikut cara kak jee.. che mat kena amek tindakan... sampai jadi biz besar2an apa kita nak tunggu lagi... sakit hati kak ilah tengok rupa mcm ni kita dipermainkan... mana tau kena kat btg idung kak ilah pula..mau berasap juga kak..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Wahhh CMG.... dari dalam blog di curi sampai ke majalah sekrg dah naik lemak jadi label botol tempoyak pulak dah gambar hang kalau di saman dyorang ni semua dah jadi jutawan dah ni CMG.... sabar bebanyak doa org teraniaya ni cepat termakbul ingat berkat ke makan hasil kerja orang lain ni..huhhh!!!

    ReplyDelete
  11. Sabarlah CMG. Mungkin ada hikmah di sebaliknya i.e. lepas ni blog CMG makin meletops gitew :)

    ReplyDelete
  12. che mat, please bertindak!!! kami semua sokong!!! kjee sanggup jadi tukang kumpulkan dana (RM10 sorang pun cukup di kalangan your frens in your fren list) untuk dapatkan lawyer fight untuk awak. Kalau tindakan ini berhasil, dia orang tak akan berani pijak kepala bloggers2 masakan lain! percayalah!!

    ReplyDelete
  13. sokong kak jee jom !!! kak sedang cari detail penuh depa tuuu ...nak selongkar juga..nak tau takat mana perkembangan biz depa tuu... takat sekeping gmbr tak mampu nak tembak jgn tembak biz besar2an.. nanya kita...

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Cik Mat -
    kekadang diam itu lebih baik tapi bila berdiam orang makin mempermainkan kita maka adalah lebih elok kita mem'bahasa'kan mereka sekali sekala ....:-)
    ..just make courtesy call or visit to the company then see what happen from there - it's a good exercise and will benefits your humble friends here ( of the outcome ) - ampun akak ber'bahasa' inggeris bila hati dah rasa terguris bila jadi macam ni kat Cik Mat ....

    ReplyDelete
  15. jiji tergelak la papa..tempoyak dalam tin..hahhaa

    ReplyDelete
  16. wahhhh sudah jadi gambar lekat kat tin la pulak..sian che mat..saman je komponi tu che mat!

    ReplyDelete
  17. Waaaaaaaaaaahh...ini company x takut maut betuiii nih...saja2 tempah diri... Mat, ko kena ikut nasihat K.Jee tuh taaauu...itu jek yg akak boleh cakap..jangan terlampau baik, nnt mengajar org jadi berleluasa jahatnya pulak...adeeeeii, apa punya hampeehh ini orang!

    ReplyDelete
  18. Sabar Cik Mat... Semoga dgn dugaan nie rezekei Cik Mat makin bertambah... Amin...

    ReplyDelete
  19. Muhazrin Holdings Sdn Bhd
    4-1A, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir
    68000 Ampang
    Selangor Malaysia
    Email: Email
    Nama Pegawai: Asmah binti Abdullah
    Telefon: 03 92812516
    Faksimili: 03 92812516
    Telefon Bimbit: 0196682516
    Pengeluar dan Pengedar untuk sos
    tempoyak cili padi jenama VIAS. Sesiapa
    yang berminat untuk membeli dan menjadi
    agent untuk product tempoyak, sila
    hubungi saya. Syarikat kami juga dalam
    proses untuk mengeluarkan sos tempoyak
    peket dan tempoyak powder.

    ReplyDelete
  20. uishhh.. kene mintak royalty tu che mat... tak leh biarkan... saman je org gitu...

    ReplyDelete
  21. org macam ni sekejap je Tuhan balas..doa je banyak2 en.mat..

    ReplyDelete
  22. Ini dah dikira mencuri hak org lain. Kakak rasa boleh bawa ketengah. Memang tak patut

    ReplyDelete
  23. sangaaaaaaaaaaaaat melampau! ni dh smpai thp buat bisnes dh ni...cik mat xbleh diam lg...u must do something!

    ReplyDelete
  24. kena lindungi hak karya cipta nih.. mg cik Mat sabar ya..

    ReplyDelete
  25. Jumpa dengan tauke dia, suruh bayar royalti. Kalau tak...bawa kes ke mahkamah...kasi saman aje !!

    ReplyDelete
  26. Mat !! k.ct sokong apa yang K.Jee cakap tu. dah melampau sangat2 dah dia orang ni. apalagi tunggu mat, kesabaran ada hadnya. Tapi kalau dah samapi letak lebal kat botol ni... harus faham2 lah kan..

    ReplyDelete
  27. dah jual tempoyak tu... kenapa x pakai gambar sendiri jer.... mesti tempoyak dia x cantik cam cik mat punya.... mmg kene mintak royalti nie... x nak bagi saman la....:)

    ReplyDelete
  28. ampang hilir ni Che Mat dekat sangat dengan umah Kjee. Kalau che mat nak suruh Kjee intai2 pun boleh. unless dia bagi alamat palsu. unclepali kata antor surat dulu deman explaination. kalau tidak, akan menyusul surat loyar!! loyar yang baru bukan yang buruk!! :)

    ReplyDelete
  29. jahatnya diorang ni..

    u must do something,betul kata Kak Jee

    ReplyDelete
  30. oo..gini rupanya cara company-company ni cilok gambar...tak leh jadi ni..

    ReplyDelete
  31. sebenarnya aku tak faham apa yg terjadi... tapi, kalau ada yg buat tak baik pd kita, biarlah Yang Maha Esa yang membalas nanti ok :) sabar

    ReplyDelete
  32. Erm sian pcm. Byk plak tu org wt gni

    ReplyDelete
  33. susah sgt ke nak amik gambar sendiri utk produk sendiri sampai kene mencuri hak cipta org lain utk bisnes sendiri. saman je cik mat

    ReplyDelete
  34. Salam Cik Mat.
    Semoga diberkati dan dirahmati Allah swt dan diberi ilham menghasilkan resepi yang up to date dan menyihatkan. Amin.

    ReplyDelete
  35. As salam CMat.
    Semoga sihat sejahtera.


    Lagi..??!!!



    S.U.E said...
    Muhazrin Holdings Sdn Bhd
    4-1A, Jalan Hilir 1, Taman Sri Angsana Hilir
    68000 Ampang
    Selangor Malaysia
    Email: Email
    Nama Pegawai: Asmah binti Abdullah
    Telefon: 03 92812516
    Faksimili: 03 92812516
    Telefon Bimbit: 0196682516
    Pengeluar dan Pengedar untuk sos
    tempoyak cili padi jenama VIAS. Sesiapa
    yang berminat untuk membeli dan menjadi
    agent untuk product tempoyak, sila
    hubungi saya. Syarikat kami juga dalam
    proses untuk mengeluarkan sos tempoyak
    peket dan tempoyak powder.

    ???????????

    ReplyDelete
  36. heyy udah berani sangat produk sendiri curi gambar org..tak berkat..sungguh!

    pakcik mat buat la sesuatu....

    ReplyDelete
  37. saya pun sokong kJee jugakk!!!!

    kak ummi x mo tempah loyar gak keeee

    ReplyDelete
  38. haha.. dahla produk agak pelik. sambal tempoyak pun nak guna dalam tin. ambik gambar org lagi. nampak sangat, outcome dari produk diorang tuh tak sehebat outcome yang che mat buat. :) haish ! che mat mungkin boleh guna cadangan kjee tuh. at least dapatkan explaination. kami doakan yg terbaik.

    ReplyDelete
  39. maaaattt..plz bertindak!~! kami semua sokong apa yg kakjee kata! mesti wat something..diorang mkn berani & melampau..gggrrrrrr!!!

    ReplyDelete
  40. boleh saman ni bro.. nilah namanya kerja mudah.. curi hasil org lain

    ReplyDelete
  41. Salam Cik Mat, jangan la berdiam diri lagi..gambar DTS dah banyak kena curi tu, tu Kak Jee dah bagi jalan,..kalau charge royalti sekeping gambar dari setin tempoyak tu, boleh tahan tu..come on Che Mat...take action. Iskk i pulak geram dengan syarikat tu..

    ReplyDelete
  42. Saman..che mat saman..dia brani buat dia kena brani tanggung!!!

    ReplyDelete
  43. Wah!diaorg ni mmg berani sungguh,CM ni dah lebih...CM kena bertindaklah..supaya budaya sebegini boleh dibenteras, kalau mangsa2 spt CM tak bertindak, nanti jadi satu trend kat Malaysia ni, bertambah lagi satu jenayah..masyarakat kita juga yg rugi.Boleh minta PPIM tolong ke...harap2 janganlah K.ita pun kena sbb gambar2 dia mmg ngancam, kak Ummi pun dah kena...sy ni tak kisahlah...blogger ciput...org tak kenal pun!

    ReplyDelete
  44. kena bertindak CMG, makin lama makin menjadi ni

    ReplyDelete
  45. http://www.facebook.com/pages/Muhazrin-Holdings-Sdn-Bhd/135779863164524

    bergosip dipetang hari

    ReplyDelete
  46. betul tu mat..kamu kena ambil tindakan..semuga mereka akan sedar betapa powernya kuasa blogger

    ReplyDelete
  47. Katdunia kuat la. Xpa sana nanti jawap. Cian kat PCM. Sbr ye. ALLAH tu Maha Adil.

    ReplyDelete
  48. Saman jangan tak sama...biasa sangat nak buat kerja senang...saman je dia org tu...

    ReplyDelete
  49. Saman je bang, bagi pengajaran pada yg lain, bukan kita nak cari untung di dunia, tapi sbg pengajran buat mereka sedar skit

    ReplyDelete
  50. Salam DTS CMG, jangan berdiamkan diri dengan manusia yang mencari rezeki keatas titik peluh/air-tangan seseorang yang budiman seperti CMG, jika CMG berdiam terusan gejala ini akan menjadi kebiasaan dan sesiapa sahaja boleh mencari rezeki secara senang dan mencuri hak asasi hasil kerja tuan-empunya itu, walau pun sukar ditangani hapus-kan tapi jika kita bertindak mengikut undang2 sekurangnya CMG telah beraksi secara sah me-warning kepada sesiapa dimasa hadapan yang akan berani mencuri hasil air-tangan dari para pakar masakan bloggers semua.

    Wahai CMG, ini lah masanya bertindak, kerana nampak sangat empunya syarikat itu tidak ngerti istilah meniaga dengan se-ikhlasnya juga halal caranya lebih ngerti menggunakan secara haram bermakna perniagaan syarikat itu juga asas-nya HARAM, kerna CMG tidak halalkan perbuatan mereka itu ditambah lagi rasa perasaan hati begitu kecewa bercampur-baur dengan kemarahan dimana sememangnya CMG berhak 200% merasai begitu, ikuti saranan dari Kjee semoga gejala ini tidak akan berulang lagi dan lagi dan memberi pengajaran kepada barang-siapa yang trigin memulakan perniagan dari segi pemakanan wajib lah beringat-ingat!!!

    Salam sejahtera.

    ReplyDelete
  51. Salam...
    Sebab ramai sgt da curi gmbr di blog Mat Gebu nih rasanya better Mat Gebu buat copyright...manusia ni pun satu...main suka hati ja amik org punya...manusia..manusia...

    ReplyDelete
  52. salam Mat,

    mula2 ingat barangan tin ni barangan keluaran Mat...hehe. Adehh...Mat kene ambik tindakan ni. mmg big matter. xleh dibiarkan. Adakalanya kita perlu bertindak lbh2 lg bl berdepan dgn situasi sebegini. Semudah itu org nk ambik kesempatan demi mengaut keuntungan. Ambik tindakan bkn semata2 nak dptkan royalti atau pampasan dsb tp sbg pengajaran kpd mereka2 yg x bertanggungjawab ini dp terus bermaharajalela....please Mat. Do something. Demi DTS dan demi semua blogger masakan tak kiralah siapa pun dia. Kami akan sokong Mat!

    ReplyDelete
  53. As salam - CMG - sila ambil tindakan kepada yang tidak bertanggungjawab ni. Saya turut simpati dan sedih di atas kejadian ini.

    ReplyDelete
  54. aigooooooo
    sampai ke gambo barangan pon amik gambo pakcik mat

    hayoo
    cian pakcik mat...

    ReplyDelete
  55. mokwo pun rasa sepatutnya mat kena mintak bayaran atas penggunaan gambo tuh..gambo tu kan hasil kerja mat sendiri..so itu adalah hak mat kan!kalau depa tak bagi memang nak kena saman jerr...heran kan..depa nih tak dak apa satu kamera kah nak amek gambo yg cun2!! besides..nih bukan masakan yg canggih2 nak buat...betul2 disappointing..cam no lah depa nih meniaga!!

    ReplyDelete
  56. sian Mat..akak dah buka url company ni..gambar produk yang dipamerkan berlainan dengan yg terdpt kat blog Mat tu..apa2 pun sebelum ambil tindakan kita siasat dulu..url nyer spt berikut:
    http://muhazrin.com/vias/products.html

    ReplyDelete
  57. Walio wei.. aper lah diorang ni.. what are u gonna do?? cannot keep quiet u know.. wait they will take advantage of all ur other photos.. grrrr

    ReplyDelete
  58. uish...beraninya dia!
    ambil tindakan Chef Mat, kalau biarkan lagi dia berani buat lebih dari tu..

    ReplyDelete
  59. As'salam CMG...tak habis2 diaorg ni mencuri hasil kerja tangan CMG. Saya rasa CMG kena jugak sesekali ambik tindakan...tunjuk yang CMG concern akan hal ni...lagi berdiam, lagi diaorg berani sebab anggap kita tak ambik peduli.

    Dah ambik masuk majalah satu hal....ni dah siap pi buat label kat botol lagi...huhu...melampau dah nampaknya...

    ReplyDelete
  60. saya sokong kjee. saya sapot cik mat. saman!

    ReplyDelete
  61. salam mat,
    kena ambil tindakan ni..
    saya akan menyokong tindakan Cik Mat

    ReplyDelete
  62. for haven sake..dorang nie tak reti berniaga ke hape?..bukan susah pun nak amik gambar sendiri..takde etika langsung!..mcm mana meniaga nak berkat camnie?..

    ReplyDelete
  63. Mat, I pun sokong what other bloggers said. Mat kena bertindak. These people are making profit out of it. This is sooooooo wrong!!

    ReplyDelete
  64. dari sudut positif... mmg CMG dah diiktiraf kepakaran snap gambar + formation gambar yg menarik...kalau tak macamana lahhhhh org tu berkenan nak tempek kat tin dia.

    tp sangat la kurang berakal mengambil hasil susah payah CMG dari menitik serai, mencari tempoyak...merenah me itu , me ini dengan segala kudratnya...amik gitu je tak mintak izin !!!
    kena juga la bg dia pengajaran.

    Betulla kalau tempoyak tin dia tu menjulang naik...sebab satu tu dari mata org yg tgk gambar CMG tu pasti jatuh ke hati..pastu makan sedap dan org akan beli lagi...
    tapi takkan dia sorang je nak untung kannnnn...
    kalau nak makan untung sendiri, amik gambar sendiri!!!

    ReplyDelete
  65. assalmualaikum cik mat

    ayu dah 4-5hari cuti berblog
    subhanallah.
    rupanya kes nie makin teruk..
    sampai hati syarikat tu

    ayu sokong dengan saranan kak jee.

    moga DTS dapat pengadilan

    ReplyDelete
  66. Saman Mat saman. Tak pun jumpa kilang tu bincang. Jangan berdiam diri. Tegakkan harta intelek kita.

    ReplyDelete
  67. salam, harap syarikat tu segera jumpa DTS utk memohon maaf, jika tidak saya syorkan apa kawan2 lain syorkan....senang2 buat duit atas kerja orang lain.

    ReplyDelete
  68. Che' Mat. Tak boleh diamkan ni!

    Gambar dalam web keluarga saya pernah diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk membuat phamplet dan poster kempen mereka. Namun, memikirkan tujuan mereka adalah untuk pendidikan, kami diam. Lepas tu, Berita Harian pula ambil gambar anak saudara saya sedang bersolat, untuk dijadikan hiasan dalam ruangan sajak mereka.

    Tapi yang ini, mereka ambil untuk tujuan komersial. Jangan diamkan Che' Mat!

    (Saya pula yang geram!)

    ReplyDelete
  69. mencuri untuk berniaga...
    aih...peliknya..

    ReplyDelete
  70. Salam CMG. Sungguh tak professional buat bisness curi gambo orang. Kalau dah jual tempoyak takkan gambo tempoyak tak boleh nak tangkap sendiri... kalau tak reti nak amik gambo, hanto jer semangkuk tempoyak ke studio...
    Takpa lah Mat, sabo jer lah. Along sokong Mat amik tindakan yg sepatut nya. Saman je lah minta komisen ratus2 ribu, biar dia org pengsan & lepas ni beri pengajaran kpd yg lain. Nak lagi effective, iklan je kat newspaper sure they all panic.

    ReplyDelete
  71. masya'allah dah jadi label plak...saya sokong kak jee 100%!!!

    ReplyDelete
  72. cilok and tempek wat label lagi tu utk wat bisness....sungguh tak patutkn

    ReplyDelete
  73. siot betul manusia nie..kuang ajak pun ada..

    ReplyDelete
  74. len kali watermark tu kasi silang gambar..bru ok kot..hihi :D

    ReplyDelete
  75. sekarang orang dah pandai buang watermark tau. anak Kjee pun tahu nak buat!!

    ReplyDelete
  76. mmg dasat zaman teknologi neh....agak nyer DTS kne paternkn suma gmbr DTS.....sng sket nak saman....eee teruk tol....

    ReplyDelete
  77. mat harus bertindak...jangan diam aje...jika ada lawyer di kalangan follower setia mat, bantulah...tak guna banyak cakap...mesti ambil tindakan...

    ReplyDelete
  78. Salam Mat..

    Akak rasa apa2 cadangan yang di berikan oleh kawan2 ada juga baiknya..
    kita harus lakukan sesuatu..
    Ada masa kita perlu pertahankan hak kita..

    Semoga Mat dapat berfikir dengan bijak untuk sesuatu tindakan selanjutnya..

    Akak dan semua bloger2 yang lain tetap menyokong mat!

    ReplyDelete
  79. Pai cik,berani mati betul orang tu,tak segan silu mencuri karya pak cik,saman je.kami penyokong pak cik akan setia sokong pak cik.

    ReplyDelete
  80. Buat watermark beso2 kt tgh gambo. Agak sukar dorg nk edit. Tp kalo edit jugak mmg berusaha sungguh la dorg tu. Baik dorg masuk dapur buat sdiri. xpun bli tempoyak kt kedai, hias cantik2 pastu amik gambo. Xde sape nk marah.

    ReplyDelete
  81. memang berani matiii.......
    CMG kena ambik tindakan segera...dan buat copy right utk setiap karya CMG....

    ReplyDelete
  82. Salam...sampai bila CMG nak berdiam diri? bawak masuk court dan saman....!!!!

    Kak Azzah8
    http://www.nurazzah8.blogspot.com/

    ReplyDelete
  83. alahai.. x abes2 kes mencuri gamba.. apee daaaa!!!! x professional langsung, nk meniaga pakai gambar org.. nanti x berkat perniagaan!!! huhuuu..

    ReplyDelete
  84. Assalam cmg,
    Sy ni merupakan silent reader blog cmg. Tq for the wonderfull recipe. Tp sy rasa dlm kes mcm ni cuma ada 2 cara. 1. Ikut undang2 caranya pakai lawyerlah. Tak berdosa pun, ini hak cmg wajib pertahankan. 2. Undang2 Allah, iaitu meredhakan, setiap saat setiap keuntungan yg mwreka dapat amal pahala msk dlm akaun cmg. Di akhirat nanti cmg duduk bwh arasy rilex2 mereka ini tercungap2 berenang2 dilautan peluh sendiri. Tetapi utk undang2 Allah kita x bleh marah2 senyum dan redha jgn ada rasa marah walau sekelumat pun. Sy harapkan cmg tenang dgn isu ini. Mana2 jln yg cmg pilih sy pohon supaya Allah meredhaiNya amin.

    ReplyDelete
  85. kesian mat..da bnyak kali kena.. sabar la mat..ada pembalasan tuhan tu.. kalau nak guna pun, mintak la izin..

    ReplyDelete
  86. am so sorry this happened to you. sya ni 'silent reader' je & suka baca yr entries & recipes. memang tak patut sesapa buat kerja mcm ni. tak berkat!
    mungkin takyah upload gambar, resipi sahaja tapi tak menariklah kan?

    ReplyDelete
  87. Mohon maaf kepada pihak CMG dan semua peminat beliau. Terima kasih atas komen2 semua. Pihak kami telah menghentikan pengunaan label tersebut sejak hujung tahun 2010 setelah diberitahu secara sms oleh CMG. Pengajaran untuk pengusaha baru, ini adalah kerja tidak beretika designer yg dibayar oleh syarikat kami ribuan ringgit. Untuk kepastian sila ke www.viasfood.com. Semoga setiap usaha untuk menaikkan ekonomi dan memberi lebih banyak peluang kerja dan pendapatan kepada bangsa kita di berkati hendaknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  88. Cisssscake...

    berani betul, xleh saman ker?

    ReplyDelete
  89. tak yah saman2...mintak jer bayaran dari syarikat tuh...kalau tak bawa ke tribunal tuntutan pengguna malaysia.

    ReplyDelete
  90. Em better tukar nama coz I am not buying product from this company.

    Kita tak tahu the real story ..entah yer ke tidak upah agensi untuk buat.

    Come on guys..ambik gambar orang pergi print aje ..bukan susah pun!

    ReplyDelete
  91. Yup everytime bab bisnes ..Melayu kena tolong Melayu..but then apa hal dengan Melayu makan Melayu.

    It happens ok...kalau dah senang ingat ker kat orang yang susah?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.