Salam awal pagi Isnin, coretan ni mat tulis hampir jam 1.30 pagi, mata tak nak lena..hmm, entri ringkas ini untuk penghargaan mereka2 yang dengan ikhlas membuat entri2 mengenai hubungan blog DTS (Dapur Tanpa Sempadan) dan BA (Ben Ashaari). Sebelum tu mat minta maaf, sebab terlepas pandang entri2 anda tu. Mat jumpa pun bila mat google. Terbaru ni mat jumpa penghargaan untuk kami dari blog "Mr. Baiz" di sini.. Bagi mereka2 yang pernah menulis untuk kami, pun mat ucapkan Terima kasih tak terhingga. Diam tak diam 2 tahun sudah hubungan jiran blog DTS-BA, dalam jangka masa tu, tiada apa2 rintangan....DTS - blog masak2, manakala BA - blog personal dan informasi. Kami takde masalah, cuma ada yang berprasangka buruk dan tidak dapat berfikir secara positif..tu saja, biasalah manusia kan, walaupun berpelajaran setinggi langit, dalam hal2 yang tertentu, mereka akan bersikap kolot dan tidak boleh berfikir secara terbuka...

Sebelum mat tutup entri ni, terima kasih teramat sangat, pada mereka yang sudi menerima blog DTS ni....secara jujur dan merendah diri, DTS hadir dalam dunia blog ini bukan hendak mencari glamer atau menuntut pujian..cukup lah sekadar diingati dan benda2 yang mat dan ben ashaari kongsi di blog masing2 memberi manfaat pada semua. Buat mereka2 yang menghargai hubungan jiran DTS-BA, doakan lah agar tali persahabatan kami kekal hingga akhir hayat..insya Allah.....Salam sayang dari DTS-MAT GEBU..