olio
Salam pagi Khamis semua, dah bersarapan ke...Pagi ni nak letak entri pasta yang mudah dan sedap..tapi kan, sedap pada kita, mungkin tak sedap pada mereka2. Jadi nak tau kena cuba sendiri lah yeaa. Mat guna spaghetti angel hair, kalau anda nak guna spaghetti biasa pun ok. Pasta jenis ni kan pada mat ada kelebihan, sebab ia seakan2 mi hoon, kalau goreng macam biasa pun, orang yang tak biasa makan spaghetti pun tak perasan, depa sapu siaa, jalannn. Selalunya spaghetti olio ni simple dan ringkas, pada mat guna minyak zaitun akan menambah rasa aslinya masakan ini. Oh yeaa, kalau anda perasan beberapa hari lepas, jiran mat Ben ada menulis entri pasal SENYAP...apa SENYAP tu, masuk masjid ke?..atau peperiksaan sedang berjalan...bukann..SENYAP ialah satu persatuan untuk blogger2, macam ni lah mat nak tulis kang takut salah, ada jadi resipi asam pedas pulak nanti..Bagi anda yang ingin tau lebih lanjut, boleh baca di sini....yelah bukan mat nak sibuk2, cuma ini melibatkan dunia blog dan rasanya sesuai untuk blogger2 macam kita ambik tau tak sikit banyak. Anda boleh juga join group SENYAP di facebook, klik sini..sekian terima kasih.... Resipi time!!!..

BAHAN-BAHANNYA:-)
300 gram angel hair spaghetti
1 kiub ayam "Maggi"
2 biji tomato merah, cincang halus
1/4 biji traffic light capsicum (merah, kuning, hijau), didadu
1 biji bawang Holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 helai bay leaf
1 camca teh chili flakes (optional)
10 biji buah zaitun
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Herba Basil segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Celur spaghetti dalam air mendidih bergaram hingga lembut, toskan dan gaul dengan minyak zaitun dan tomato dicincang halus, ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato dan chili flakes (jika guna) dan masak hingga tomato hancur.
  3. Tambah buah zaitun, kiub ayam, garam dan sedikit gula. Masak sekejap dan tambah traffic light capsicum, kacau dan masuk spaghetti, gaul rata2. Rasa dan jika ok matikan api. Hias dengan herba Basil segar dan tabur lada hitam sebelum dihidangkan segera.