SAMBAL TERUNG PIPIT...LAUK KAMPUNG.

P1300824
Salam semua, waaaaa....tak de entri bess lah hari ni, cuma boleh share lauk2 kampung saja, tu pun rasanya ulang tayang sudah. Plan tadi nak melapis, tapi cannot lah, penat, tak mo paksa. Apa2 pun siang tadi dengan rasminya mat melapis sudahh. Yesssssssssssssssssss!!!..haha, orang melapis berpuluh2 biji, ni aku baru sebiji, dah macam nak pengsann sangat jerit2 bagai. Mat buat kek lapis asam manis je. Melapis memang mat buat setahun sekali, yang kek kukus pulak, awal2 tu hari dah buat sebab ianya tahan. Tanpa di masukkan dalam peti sejuk, kek kukus akan tahan sebulan, tapi anda harus biarkan kek tu sejuk, bungkus elok2 dengan plastik cling dan simpan dalam belas yang terlindung dari cahaya. Mungkin esok mat masukkan entri biskut raya ku yang tak seberapa tu, tapi kalau sempat lah, ingat esok nak menge"tat" pulak...huhu..ok lah kita semak resipi kampung ni pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung pipit, dicuci dan celur sekejap, toskan
1 genggam, ikan bilis tamban, dibersihkan, buang tulang dan rendam
1/3 cawan air asam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 inci belacan, dilarutkan dengan sedikit air
7 biji cili hijau, hiris
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili hijau hingga harum, tambah ikan bilis tamban (toskan) dan juga belacan. Kacau rata.
  2. Masukkan terung pipit dan air. Biar mendidij dan kering sedikit. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Jika anda nak guna serbuk perasa pun pun. Masak hingga pekat dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.






Post a Comment

14 Comments

  1. selera jawa....fuhh makan ngan nasi panas..ups puase.. =p

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...ni peberet saya nih abg.mat....sedappppppppp....haishhh...mana nak cari terung pipit nih...

    ReplyDelete
  3. terung pipit orang kelantan panggil terung manggo

    ReplyDelete
  4. sedapnya.... ada dalam fridge kt uma... yummyyy

    ReplyDelete
  5. kebetulan..baru je masak 2hari lepas.=)
    lauk feveret ni..

    ReplyDelete
  6. salam Mat
    sebab sy org kg, respi kg memang dkt dgn hati, kecoq ayaq lioq kata org kg sy. mesti buat nih..
    ok,slamat meng'tat':)

    ReplyDelete
  7. lama tak mkn terung pipit...
    ..dikesempatan ni CikNyz nak ucapkan

    Selamat berpuasa & Selamat hari Raya
    http://syazny7.blogspot.com/2011/08/selamat-hari-raya.html

    ikuti jugak entry pasal Gunung kinabalu dari Part1-Part 4
    http://syazny7.blogspot.com/2011/08/ciknyz-gunung-kinabalu.html

    ReplyDelete
  8. stok terung pipit byk lagi lam peti ajaib...boleh buat nih..time kasih CM..

    ReplyDelete
  9. sambal terung pipit...lauk kegemaran saya

    ReplyDelete
  10. kat kl susah nk cari terung pipit...time duk kg petik je...

    ReplyDelete
  11. Nasi panas lauk terung rembang.. terung pipit lerr...sedappp

    ReplyDelete
  12. ya Allah lazatnya... mana pulak nak cari terung pipit kat sini...

    ReplyDelete
  13. pembuka selera ni..mmng sedap...mekasih mat...

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.