BERBUKA DENGAN MEGI TOM YAM...

P1300618
Salam semua, terlewat masukkan entri, dah masuk hari baru pun, sebenarnya ini entri jam 10 malam semalam, tapi mat tertidur huhu. Semalam amat melemaskan, pagi mat dah siap2 bahan2 untuk membuat kek kukus, bila bahan2 dah siap, sekali tengok tin kek cuma ada 3, mat perlukan 4 sebenarnya...mencari lagi dalam stor, haram tak jumpa, dah makan masa dekat 30 minit, arghh, last2 guna tin bulat. Gitu gini, akhirnya jam 12 tengah hari baru kek berada dalam kukusan...punya lah rasa geramm, namun syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kek pun elok, setelah 4 jam dikukus..phewww!!!. Bila tiba masa memasak, mula lah tekak meragam, nak makan megi tom yam, tapi yang ada megi ayam untuk kanak2..huhu, jadi mat oter lah guna apa yang ada untuk menjadikannya tom yam..arghh derhaka lagi bulan2 puasa ni...huhh..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi, ambil mi sahaja
3/4 camca besar pes tom yam
1 batang serai
1 helai daun limau purut
4 biji cili padi thai, dititik
600 stok rebusan ayam (atau air)
10 ekor kupang,
Sedikit kerang
2 biji bawang, dihiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 biji telur
1 biji limau kasturi, ambil jusnya
4 biji tomato ceri, belah 2
Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan (tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan serai dan pes toyam. Kacau rata dan tuang air rebusan ayam. Masukkan daun limau purut. Bila mendidih, perlahankan api, pecahkan telur dan biar telur masak.
  2. Masukkan kupang dan kerang serta mi megi tadi, biar mi lembut. Kalau kurang kuah tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan jus limau kasturi. Tabur hirisan daun ketumbar, jika suka. Hidangkan..

Post a Comment

10 Comments

  1. pagi2 puasa2 ni dah tengok makanan... gulppppp~~~

    ReplyDelete
  2. pehhhh
    pakcik mat..walaupun ye hanye mageee
    tapi sangat buat perot kriukkk2 tetibe..hihihi

    ReplyDelete
  3. lama tak makan maggie, tp kalau sahur or berbuka mkn maggie je sure tak kenyang -.-

    ReplyDelete
  4. maggi pun boleh buat orang berselera..Ye tak? heee..

    ReplyDelete
  5. hmmmm kadang2 tak ada idea nak msak apa, apa salahnya masak tomyam maggie ikut resepi cik mat nih....bagus jugak kan...kenapa tak terfikir kak zu nih hish hish hish

    ReplyDelete
  6. rasa cam banyak air liur dalam mulut tetibe

    ReplyDelete
  7. wahh sedapnyer..siap ada kupang lagi tu

    ReplyDelete
  8. sedap... boleh kurus cik mat ni makan megi je...

    kami baru ni pun makan megi utk sahur.. xde idea dah nak masak apa..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.