MAGGI KICAP BERKERANG

P1290897
Salam semua, selamat pagi Ahad. Dah sarapan ke semua, mat ni hari lewat sarapan, jam 10 lebih baru mula nak masak sarapan...hmm, puas ni fikit apa nak buat, punya lah blurr, masih juga tatau, sekejap tu anak buah mat sampai, tanya dia orang dah sarapan ke belum, masing kata belum. Ok, nanti pak usu goreng maggi. Jadi mat buat lah seringkas mungkin, biasalah aku bab2 menderhaka memang lah agak pakar. Mat masak mudah sangat, ada baki kerang, mat guna dan letak sawi sikit, telur dan tauhu serta bahan2 lain. Perencah maggi tu mat tak ambik lah, sebab dah guna mi dia saja. Lain kali nak guna mi yang kosong tu, macam mi cintan kan ada jual miu sahaja. Ok jom semak resipi mudah ni, mat jamin tak pedas dan budak2 suka...(ini mat buat untuk 6 orang makan termasuk pak budak..)

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 paket mi maggi, asingkan perencahnya, celur hingga lembut dan toskan
2 biji telur, pukul sedikit
1/2 camca besar cili kisar (atau ikut pedas)
1 1/2 camca besar sos tiram
4 camca besar kicap manis
1 camca teh kicap pekat
1/2 cawan isi kerang
1 pokok sawi, asing tangkai dan daun, siang berasingan cuci dan toskan
2 keping tauhu, dadu kecik dan goreng, toskan
Sos ikan secukupnya
5 biji bawag merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Hirisan duan bawang untuk hiasan
Hirisan cili padi untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing (nak pedas tambah lagi). Masukkan sos tiram, kicap manis dan kicap pekat, kacau rata dan masukkan kerang.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur dan bia sedikit mengeras, kacau hancur dan masuk batang sawi, kacau rata.
  3. Masukkan mi maggi tadi, gaul rata hingga mesra. Tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan daun sawi, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama hirisan daun bawang dan cili padi tadi....


Post a Comment

15 Comments

  1. suka buat org terliur...dah lah lom lunch lagi nih..huhuhu..
    yum3
    jmput sggah blog shida..tq
    http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/07/kenapa-kita-pelupa-sambungan-entry-8.html

    ReplyDelete
  2. sdpnye...cek mat...nk request resepi apam polkadot leh x...hehehe:p

    ReplyDelete
  3. tak sarapan lg ni abg mat..mcm mana??

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap tmbh kerang tuh.
    Ari tuh ada buat..tapi time tuh ada kuah..memang pelik lah rasanyer klu ada kuah sekali.

    ReplyDelete
  5. Morning CMG...gee I think you should consider urself a contender in Malaysian Masterchef...I ll bet you can make a different and make other contestant FUBAR...give it a thought..thanks for the day 's iftar food...bahoot bahoot skuriya

    ReplyDelete
  6. bese makan kuew tiar kerang je

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaaaaaaaaa.....kerang byk2 lagiiiiiiiii sedap!

    ReplyDelete
  8. Wahhhhhhhhhhhhhhhhh sedapppnyaaaaaaa ! Terasa lapaq balik dah nie.. =.='

    ReplyDelete
  9. baru je menyantap kueteow kerangggg

    ReplyDelete
  10. sib baik posa..kalu dak maunya KH masuk dapo trus ni buat resepi ni..hehe

    ReplyDelete
  11. wahh kreatif...biasa kue tiaw je

    ReplyDelete
  12. wah....
    meggi je tapi nampak lazat gile....
    presentation mmg kaw punye...
    lapar la

    ReplyDelete
  13. air tangan cik mat.. masaklah pa sahaja.. terliur dibuatnya..

    lama x pekena kerang ni..

    ReplyDelete
  14. sebg seorang isteri kpd penggemar megi tegar, resepi harus berada dlm koleksi:)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.