HASH BROWN....RESIPI KAK JEE...

P1300088
Assalammualaikum, morning pagi semua. Dah sarapan?..Mat kan pagi ni tetiba teringat hash brown yang pernah mat buat dulu, tu pun lepas nampak Kak Jee buat di sini. Tapi kan ada masalah, kentang yang mat ada ni tak berapa nak elok, kentang ni bonda beli. Taktau pesal kentang tu agak ganyut, semalam buat kan sup untuk anak2, punya lah lama aku merebus, dia empuk tapi tang dalam macam jelatu. Habis tu, tadi terpaksa lah mat buat guna satu kaedah lain, terpaksa mat kukus sekejap kentang tu selepas diparut..huhu, habis tu kang keras sapa nak, kena bagi ayam lah pulak...rugi woooo....

P1300093
Seperti biasa, hash brown ni dihidangkan dengan bahan2 sampingan seperti bake beans, sosej yang direbus dan juga telur hancur. Sesekali ok lah sarapan macam ni kan, bukan apa..kadang2 tak berapa nak rajin. Baki bake beans tu nanti mat plan nak buat kacang phool, tapi guna bake beans. Kalau anda nak buat, guna non-stick pan yang besar, boleh buat 2 - 3 hash brown yang comel, jangan buat tebal2, nanti susah nak terbalikkan. Masak dengan api sederhana saja...Ok jom kita lihat resipi...sama je macam dulu2 juga...

BAHAN-BAHANYA :-)
2 biji kentang (guna kentang putih yang kandungan kanji tinggi)
1/2 biji bawang holland, cincang
Lada hitam secukupnya, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit mentega untuk menggoreng (mat guna minyak zaitun)

BAHAN LAIN :-)
Telur hancur (scramble egg)
Sosej, samada dicelur atau dipanggang
Bake beans, secukupnya
Roti sandwich, jika suka (tak letak sebab tak de)
Sos kegemaran (tak letak sebab dah makan dengan bake beans)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kentang dikupas, cuci, lap kering dan sagat, kemudian letak atas kitchen towel bersih, biar air kentang terserap. Masukkan dalam bekas, satukan bawang, lada hitam, garam secukup rasa dan secubit gula. Gaul rata2.
  2. Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak dan dot kan sedikit butter, ratakan. Sendukkan campuran kentang tadi, yang ni agak2 lah. Masak dengan api sederhana hingga garing, berhati2 terbalikkan dan masak lagi hingga keperangan. Alih dalam pinggan, buat hingga siap.
  3. Susun dalam pinggan sesuai dan letakkan bahan sampingan seperti dalam gambar di atas. Hidangkan sebagai sarapan pagi...Selamat mencuba..
CATATAN MAT GEBU :- Dalam resipi mat tulis kentang kaler putih, yang tu mudah empuk. Kalau guna kentang kuning, kukus sekejap dalam 2-3 minit, sejukkan dan letak atas paper towel, biar air dia terserap. Boleh lakukan proses seterusnya...

Post a Comment

19 Comments

  1. waahh...tak terpikir untuk buat hash brown sendiri..slalu bli frozen je...sng je eh CMG..tp sagat pakai mata yang macam mana ye..sudilah kiranya CMG aja saya.. :)

    ReplyDelete
  2. SALAM CIK MAT, baca akhbar KOSMO tak pagi ni 25/7/2011. Sykt Ballantyne Food yg jual mentega Golden Churn publish notis penting di ms 18 maklumkan mentega tu tiada terdapat kandungan DNA babi oleh JAKIM. Cetengok, cetongok... so, cik mat tak yah risau la dgn stok yang ada.

    ReplyDelete
  3. wooooooooo....bekfes western sehhhhhh....sedappppnyaaaa

    ReplyDelete
  4. oh pcm kukus kentang dlu
    kt resepi tak tulis hehe

    ps: Dah buat ladeh pepagi ni

    ReplyDelete
  5. baru lepas sarapan dengan nasik..haha

    ReplyDelete
  6. sedap...selalu beli yg readymade... hehe... tak berbaloi kalau nak buat pastu makan 2 keping je... eh CMG yg ni kalau dah siap leh frozenkan tak?

    ReplyDelete
  7. lepas ni buat sendiri je kat umah..xyah beli2..

    elia, mat gebu dan ben ashaari penyumbang traffic terbesar dalam blog aku
    http://mohdsukuribrahim.blogsp​ot.com/2011/07/2-tahun-berkary​a.html

    ReplyDelete
  8. nak buat tuk anak..beliau suka nihh hihi

    ReplyDelete
  9. wowo.. ini rupanya.. blog mat gebu.. terbaik r.. patut r, resepi mat gebu jadi bualan org... haha..nice.. beriar mulut pulak tengok gmbar tu.. glup

    ReplyDelete
  10. uwaaaaaaaaaaaaa... nak hash brown...sunah pun suka jugak hash brown...

    ReplyDelete
  11. Cik perut sila jangan berkeroncong ^^

    ReplyDelete
  12. alahai sedap tu CMG. rasa lambat plak lunch hour nih..sob3..

    Isteri Angkasawan Dr Halina Bersalin Dalam Air"

    ReplyDelete
  13. Salam CMG. Kentang isi putih mudah empuk. Yang isi kuning keras. Tapi tetap lawo awak buat! teringin pulak tapi pose. hehehe

    ReplyDelete
  14. nak cuba buat hash brown... selama ni beli je..

    ReplyDelete
  15. buat sendiriiiiiiiiiiiiiiiii lagi bagussssssssssss kannnnnnnnnnn!

    ReplyDelete
  16. cik mattt...saye cua buat tadi..tapi dier berterabung jadik nyer tak in shape..kenapeee yerr???

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.