KENAPA ASYIK-ASYIK LAUK NI JEERRR..HUH..

P1280800
Salam petang semua, nak sahare lauk yang kalau orang dah bosan sebut..."kenapa asyik2 lauk ni jeeerrr..huh"...Peeles lah kan jangan banyak cerita, sebab lauk lain ada, ni lauk singgang aku nya, jadi kalau sudi nak makan silakan, tak paksa. Cuaca panas2 macam ni kalau nak makan kari ke atau masak lemak...boleh penggsannn okeh, selalu yang mat masak2 lemak (kecuali kari) tu atas permintaan. Ok bebel banyak pun nanti penat, jadi mat tulis resipi je lah....jomm..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 ekor ikan kembong saiz besar, siang, cuci bersih dan toskan
2 keping asam gelugor
2 batang serai
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
1 biji terung kari, kupas sedikit kulit belah 4 dan rendam
1 liter air atau secukupnya
Garam dan gula secukup rasa (atau serbuk perasa)

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
15 biji cili padi
1 camca teh lada hitam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk halus bersama serai hingga harum, tuang air dan masukkan asam gelugur dan kiub ikan bilis, biar mendidih.
  2. Tambah ikan dan terung, perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Post a Comment

13 Comments

  1. lauk yg sampai bila2 saya takkan jemu.sedap!

    ReplyDelete
  2. nak yang mak masak... nak balik sarawak lah camni...

    ReplyDelete
  3. lauk ni tiap2 hari pun tak jemu..hehe

    ReplyDelete
  4. kalau kat kedah panggil pindang :)
    sedap dan ringan...
    Selalu kak Es letak ladies finger .. ha ah, jari ku potong masuk dalam tu hehe

    ReplyDelete
  5. yes..dapat idea nak masak ape malam nih...tengkiu cik mat...:)

    ReplyDelete
  6. lauk macam ni,sampai bila2 pun sedap..lauk yang tak akan pernah jemu..

    ReplyDelete
  7. Lauk yang paling sempoiii...senang, berzat dan sedappppp

    ReplyDelete
  8. - lauk ni le yg plg sedap...x jemu2 makan...

    ReplyDelete
  9. 15 chili pADI...ADUHHH...KALAU AKAK MAKAN NI... PASTI MENGELUPOR PEDAS.. SEBIJIK PUN AKAK TAK TAHAN.... ADA ALTERNATIF LAIN KE..

    ReplyDelete
  10. sumpahhhhh laknat!memang aku selera tengok lauk ni.huaaaaa

    ReplyDelete
  11. kalo kakchik lauk camni ari2 pun tak pe cik mat. sedap .. boleh hirup dari pinggan. hihi.

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.