P1280809
Assalammualaikum, selamat pagi Rabu semua, dah sarapan?..Entri awal pagi ni sepatutnya mat masukkan malam tadi, tapi tahap kemalasaan atau kekurangan vitamin rajin telah membuatkan ianya tertunda. Lagi pun mat buat malam tadi, lepas photo shooting yang tak seberapa, hampir jam 11 malam. Lepas tu berborak2 pulak dengan beberapa blogger di YM dan FB...aduhh terus ni bertambah2 tahap ke tidak rajinannya..TAPI, pagi ini dengan penuh semangat, mat tulis., lagi pun bukan nak kata apa, kek ni kira ulang tayang juga, sampai dulu mat pernah terima komen..."Dah pernah tengok dulu, malas nak komen apa, macam dah tak de kek lain"....Yang aku heran, tu yang dia tulis kat ruang komen pesal?...kata tak mo komen...adehh bikin pusing tau itew orengg...huh!..

P1280821
Kek marble trio ni bukan nak kata tapi mat dah letak resipi ni lamaaaa dulu masa belum ada blog lagi, masa tu mat aktif di MyResipi dan kiranya ramai dah mencuba feed back bergambar yang mereka beri lebih dari 100+, klik sini . Jadi kek ni sedap lah kiranya. Hmm, dulu mat guna butter golden churn, tapi sejak kes isu haram ni, mat ganti dengan dengan mentega S.C.S dan rasa pun masih sedap lagi. Jadi kalau anda ingin mencuba, mat rasa ianya amat berbaloi dan sesuai untuk hari raya dan majlis2 keraian. Perghh banyaknya bebel, ok lah, kalau ada masak undi DTS kat sini..tak lupa jiran mat juga di sini....Terima kasih.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram mentega berkualiti tinggi (anchor, s. c. s )
280 gram tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar penuh susu tepung*(*disatukan dan diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60 gram sebiji)
250 gram gula halas @ kastor
1 camca besar ovallate (pemantap kek)
30 gram gliserin
20 gram air
1 camca teh butter vanilla (atau esen vanilla biasa)
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Sedikit pewarna makanan ungu-violet
1 camca teh coklat emulco
Badam cincang secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.
CATATAN MAT GEBU :- Untuk warna tu anda boleh ikut kreativiti masing2, dan boleh juga diletak perisa, contohnya pink - strawberry, ungu - blueberry, coklat - coklat+vanilla. Dan jika anda bakar guna tin jenis non-stick kaler hitam, turunkan suhu kepada 160C, ini kerana tin warna hitam, kadar serapan haba dia lebih cepat berbanding tin aluminium biasa...Ok selamat mencuba untuk semua....