Salam petang semua, maaf, patut N3 tengah hari, sekali tadi kat Sedenak hujan punya lah lebat, dengan guruh, kilat berdentum dentam, terpaksalah mat off laptop dan tutup modem, yelah kang nasib tak baik kena sambar dahh rosak, tak dapat nak on9..blog pun sah tak de n3 kang. Masakkan mudah ni senang amat nak disediakan. Selain tu ada juga mat buat yang lain, tu kita cerita nanti lah....hmm esok Khamis kan...wahh pengsan lah aku..haha. apa2pun releks, biasa2 jee kan, terima kasih pada semua yang mengomen di entri pasal ERA tu yeaaa....Kita semak resipi mudah plak..
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong, kerat, cuci bersih dan celur 20 saat, toskan
1/4 biji red capsicum
1/4 biji green capsicum
1/4 biji yellow capsicum
1 batang saderi, kerat
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, dititik
1 1/2 camca besar sos hoisin
1 camca besar sos tiram
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Sos Ikan secukupnya
Hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan saderi hingga wangi. Masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan sos hoisin, kacau rata. Masukkan semua jenis capsicum dan masak sekejap.
- Gaul rata dan masukkan sotong, kacau dan tambah sos ikan secukup rasa. Masukkan gula dan gaul pantas. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan segera...
7 Comments
esok saya tunggu cik mat kat era kul 9 pagi,. sedap sotong tu,.
ReplyDeletesedapnye..................... lapo ni x mkn 1 ary..
ReplyDeleteurrghhhh lazatnya nampak!
ReplyDeleteMakan dgn nasi putih panas-panas...yummyyyyyyyy
Tengok gambar sahaja dah tahu sedap..
ReplyDeleteIni belum lagi datang dekat-dekat dan cium bau dia..
Tiba-tiba perut terasa lapar ni.. Kalau rumah Mat Gebu dekat.. Dah lama pergi singgah.. hehehe..
Entri Terkini Di Blog Saya:
Domain Laman Web Percuma di Lot.My??
Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Dapat Menjana Trafik Ke Blog Anda??
Apakah Sumbangan Atau Kebaikan Pertandingan Ini Kepada Rakyat Malaysia
Mohon Peserta Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular Menyemak Status Pendaftaran Blog Anda
waaaaaaaa..nak cube2...
ReplyDeletesaya budak bru belajar.. :D
che mat, sos hoisin tu camana?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletesaya pun nak tau jugak sos hoisin tu mcmana rupa die...hehehe...
Nice recipe...nak try ni...