Dunia sekarang, memang penuh skandal. Skandal politik tak payah cakap lah, sejak zaman sebelum merdeka dah ada. Skandal blog pulak satu pekara baru, macam DTS-BA, skandal terhangat sekali. Muncul pulak skandal blogger dengan pihak media..haha, tapi yang pasti kami blogger2 masakan lah yang kerap berskandal dengan media. Blog aliran lain pun ada, ikut kesesuain media itu sendirikan. Jelita Mei 2011 telah menyaji 7 resipi dari blog DTS-MAT GEBU. Terima kasih mat pada pihak Jelita dan juga Puan Lily Haslina atau keprihatinan beliau pada blogger masak2 seperti kami, kalau tak sebab dia, kami blogger masak2 ni dah pasti hanya kenal dikalangan blogger2 itu sendiri. Jasa mu akan kami kenang....


Gambar di atas tu antara 7 resipi yang tersiar. Ada antaranya hasil dari blog rakan2 tapi mat telah menderhaka kan sedikit resipi2 tersebut..minta halal yeaa...terutama tu resipi "Pais Ikan Banjar" mat kredit kan pada blogger "Mak Dara Terdiva", kerana asal2nya mat ambik dari blog beliau, terima kasih MDT. Sebenarnya kan dengan cara ini, resipi kita dapat disebarluaskan pada mereka2 diluar sana. Bukan semua orang tau kewujudan blog, ada tu kita sebut blog pun mereka kurang jelas, jadi bila resipi blogger berada dalam majalah terkenal seperti Jelita, tak sikit banyak membuka mata masyarakat tentang wujudnya blog yang boleh memberi mereka sumber ilmu...dan martabat kita sebagai blogger juga akan dipandang lebih tinggi, kerana mendapat perhatian pihak media...kannn....aduhh betul ke si mat yang menulis nihh....penggsann >_<


Dannnnnn dalam kesempatan ini juga nak ucap tahniah pada Kak Nor Secubitgaram, sebab resipi langkah demi langkah dia juga turut tersiar...feeweeett Kak Nor. Pada blogger2 masak yang resipi mereka pernah tersiar seperti MamaFami, Kak Liza, Hana Jepun, Kak Ummi Kuantan, Chef Hussein dan lain2 lagi....tahniah juga untuk anda....Kita sama2 buktikan, blogger masak2 bukan blogger kelas ke-2 !!...Salam sayang dari DTS-MAT GEBU....